JPA Keluarkan Surat Pekeliling Berkaitan Melaksana Keseronokan Berkerja.
Shamsul amat menekankan keseronokan dalam bekerja dan membudayakan keseronokan bekerja dalam organisasi.

Kuala Lumpur, 12 Sept 2024, 9.00 malam –KETUA Setiausaha Negara (KSN) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan satu Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), berkaitan dengan panduan melaksanakan keseronokan bekerja sektor di awam. Ini perlu dilakukan untuk mewujudkan suasana kondusif dan rasa seronok bekerja kerana ia adalah antara yang menyumbang kepada keberhasilan kerja yang cemerlang.

Berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN, Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pekeliling yang diarahkan adalah sebagai rujukan kepada semua kementerian dan jabatan. Ia merupakan strategi keempat melalui Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) Pembangunan Organisasi di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

Menurut Shamsul, beliau amat menekankan keseronokan dalam bekerja dan membudayakan keseronokan bekerja dalam organisasi. Walaupun ia bukanlah perkara yang mudah, namun menzahirkan suasana yang seronok akan menimbulkan keakraban dan kemesraan dikalangan rakan sekerja.

Tiga strategi lain di bawah BKR Pembangunan Organisasi ialah melaksanakan rasionalisasi dan penstrukturan semula agensi; menyemak semula peraturan dan keistimewaan tertentu; serta mengoptimumkan sumber.

Apa yang dimaksudkan dengan mengoptimumkan sumber adalah, menggunakan sumber yang ada dan tersedia dengan cara menepati sasaran dan efisien. Antaranya adalah, dari segi sumber manusia, prasarana dan kewangan perlu dioptimumkan supaya ia lebih berdaya saing.

Selaras dengan itu, saya minta supaya audit perjawatan dan juga pengisian jawatan kritikal dilaksanakan oleh JPA. Perkara ini penting dalam membantu mengoptimumkan sumber perjawatan dan saraan selain turut menjimatkan kos kepada kerajaan, katanya.

Selain itu, Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan yang diterbitkan JPA ditambah baik dengan memasukkan elemen perkhidmatan dalam talian dan elemen pematuhan dan seterusnya akan dimasukkan dalam PKPA untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi lain.

Terdapat aduan yang diterima daripada seorang warga Jepun berhubung isu perkhidmatan dalam sistem janji temu dalam talian Jabatan Imigresen yang menggambarkan layanan kurang mesra oleh petugas agensi itu.

Janji temu dalam talian Jabatan Imigresen adalah salah satu daripada strategi di bawah BKR Pembangunan Organisasi di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, iaitu untuk memantapkan pengurusan perhubungan pelanggan.

Kredit – FMT

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kilang Seri Kaya Diserbu. Guna Logo Halal Tidak Sah.