Isu Sijil Halal: Teresa Kok Ditegur Oleh Perdana Menteri
Untuk mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan, ia harus dibawa didalam mesyuarat terlebih dahulu supaya boleh diteliti dan dilihat secara menyeluruh.

Kuala Lumpur, 9 Sept 2024, 11.00 malam – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ,Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH). Namun, kenyataan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP itu telah mencetuskan kontroversi kepada masyarakat di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menasihati mana-mana pemimpin politik yang ingin mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara harus dibawa didalam mesyuarat terlebih dahulu supaya boleh diteliti dan dilihat secara menyeluruh supaya tidak timbul kontroversi didalam masyarakat kita.

‘Ada masalah… peraturan perlu diikut supaya umat Islam tidak rasa was-was. Namun kalau dia (Teresa) rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu, bincanglah secara elok,” katanya ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan) di sini, semalam.

Teresa mendakwa pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambahkan kos pentadbiran. Pada pandangan beliau pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela. Dengan itu pengusaha boleh membuat keputusan mengikut kehendak pasaran, bukan secara paksa. Ia dilihat seperti menyukarkan operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.

Kenyataan yang dibuat oleh Teresa itu telah mendapat kecaman yang hebat dari berbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Menurut Anwar, negara kita sudah berada didalam keadaan baik. Perkara seperti ini dilihat seperti merosakkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sekiranya Teresa mahu mewakili beberapa pihak ia bukan satu masalah. Tetapi tidak perlu membuat kenyataan sebegitu rupa. Ia akan mengeruhkan keadaan. Bukan menjernihkan keadaan.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Anwar membuat teguran terhadap kenyataan yang dibuat oleh Teresa itu sehingga mengemparkan seluruh negara. Teguran itu dibuat sewaktu merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan). Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Turut hadir juga, Setiausaha kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim; Pengerusi Lembaga Lebuhraya, Datuk Seri Hasni Mohammad; Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

Kredit – Berita Harian

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Diantara 10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrup Dari 2021 Hingga 2024.