Diantara 10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrup Dari 2021 Hingga 2024.
Hari ke hari, data berkenaan terus meningkat  walaupun kebankrapan diperingkat nasional menunjukkan penurunan.

Kuala Lumpur, 09 Sept 2024. 11.00 malam – KETUA Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) Datuk M Bakri Abd Majid, berkata, Kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan antara 2021 hingga tahun ini membabitkan penjawat awam. Hari ke hari, data berkenaan terus meningkat setiap tahun  walaupun data kebankrapan nasional menunjukkan penurunan.

Berdasarkan data terbuka Mdl, beliau berkata, statistik kebankrapan individu daripada sektor awam adalah sebanyak 12 peratus pada 2020, 2021 (10 peratus), 2022 (11 peratus), 2023 (13 peratus) dan 14 peratus setakat ini bagi tahun ini.

Ini berlaku disebabkan dikalangan pegawai awam gagal untuk menguruskan kewangan diri sendiri dengan baik sehingga memberi kesan kepada keluarga dan ekosistem perkhidmatan awam. Disebabkan lambakan hutang,
bukan sahaja memberi kesan kepada prestasi tugas, malah ia juga menjejaskan peluang kenaikan gaji dan kenaikan pangkat. Selain dari itu, kebankrupsi juga membantutkan kelayakan bayaran bonus dan bantuan kewangan.

Terdapat juga penjawat awam yang memohon untuk mengistiharkan bangkrup terhadap diri sendiri demi untuk mengurangkan jumlah hutang yang berpanjangan. Di pihak jabatan pula, ketua jabatan seharusnya memantau tahap keberhutangan petugas di bawah selian masing-masing dan peka terhadap perubahan kelakuan mereka.

Tindakan pencegahan awal harus dijalankan dengan memperbanyakkan aktiviti berkaitan pengurusan kewangan peribadi dan jabatan juga boleh bekerjasama dengan pakar atau penasihat kewangan bertauliah bagi membincangkan hal berkaitan pengurusan kewangan,” katanya.

Menurut M Bakri, perlu diketahui, kegagalan seorang ketua jabatan untuk mengawal selia kakitangan bawahan boleh mengundang gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam jabatan. Apabila gaji bulanan tidak mencukupi, berbagai perkara menghantui fikiran dan ia boleh menjurus kepada perbuatan tidak baik.

Dengan pengumuman penyelerasan gaji penjawat awam oleh PM baru-baru ini, serba sedikit ia melegakan keresahan kakitangan kerajaan. Terdapat juga pihak yang cuba untuk menawarkan pinjaman baru secara haram bagi memerangkap penjawat awam yang tidak peka dengan aktiviti penipuan.

Dengan adanya penyelerasan gaji yang bakal diterima pada bulan Disember ini, kakitangan sektor awam telah berjanji untuk memberikan cara kerja yang baharu dan menghasilkan produktiviti yang lebih baik. namun, ia bukan sekadar dua perkara itu saja malah pemikiran juga perlu diubah,” katanya.

Kredit – Berita Harian

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kontrak Kantin MRSM Taiping Ditamatkan. Tindakan Undang-Undang Diambil.