Kuala Lumpur, 09 Sept 2024, 9.00 malam – PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata MARA akan menamatkan kontrak kontraktor dewan selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor terbabit ekoran dari tindakan sambil lewa pihak itu dalam penyediaan makanan kepada pelajar.
Sebagai pengerusi MARA, beliau amat bertegas tentang perkara ini dan tidak sekali-kali berkompromi dengan kontrator yang sewenang-wenangnya sambil lewa terhadap soal keberaihan dan melanggar syarat-syarat kontrak.
Menurut Asyraf, tindakan ini diputuskan oleh pihaknya sebagai satu isyarat kepada kotraktor lain juga yang memandang ringan soal lebersihan sehingga menyebabkan kemudharatan dan gangguan kesihatan para pelajar sehingga boleh mengancam nyawa mereka. Anak-anak perlu tumpu pada pelajaran. Seharusnya mereka perlu sentiasa berada didalam kesejahteraan dan sihat sentiasa.
Pemeriksaan mengejut yang dilakukan beliau ke dewan selera MRSM Taiping semalam adalah untuk melihat sendiri keadaan ditempat berkenaan mengikut aduan yang diterima. Perkara ini sampai kepada pengetahuan beliau apabila terdapat laporan daripada ibu-bapa mengenai keadaan anak-anak mereka yang mengalami keracunan makanan akibat dari hidangan makanan yang disediakan didewan selera MRSM tersebut.
Asyraf berkata dia tidak gentar mengambil tidakan kepada pengusaha dewan selera berkenaan walaupun mungkin mempunyai kabel yang besar untuk melindunginya. Sebesar mana kabel pun masih tidak akan dapat menghalang beliau untuk mengambil tindakan sekiranya melibatkan nyawa.
Dalam pada itu, beliau mengakui wujud ‘trend’ dalam kalangan kontraktor dilantik di semua 57 MRSM yang tidak menyediakan makanan seperti sepatutnya mengikut kontrak, khususnya apabila mendekati tempoh kontrak mereka tamat.
Dewan selera juga disita tiga hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sejak kes keracunan makanan terjadi pada 30 dan 31 Ogos lalu membabitkan 50 pelajar keracunan makanan. Ia baharu kembali dibuka semula,” katanya.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Polis Bukit Aman Memantau Syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) .