
Kuala Lumpur, 8 Sept 2024, 12.00 – TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, sedang memantau syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) susulan empat laporan polis yang diterima berkaitan eksploitasi kanak-kanak. Pihaknya kini menjalankan pemantauan terhadap organisasi itu susulan empat laporan polis dilakukan di Selangor mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ayob juga berkata, pihaknya juga sedang memantau mungkin ada lain-lain laporan yang sedang dikumpulkan. Namun, laporan yang sedang disiasat kini adalah berkaitan eksploitasi kanak-kanak untuk memungut dana, derma dan sebagainya. Selain itu, didalam senarai yang dilihat sama ada oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) terdapat 154 yang sesat.
“Bagaimanapun yang dipantau pihak SB ada 114 jadi mungkin ada pertindihan namun 14 dikesan paling aktif manakala lapan dalam pemantauan. Yang ini (GISB) termasuklah,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perbarisan dan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswi Universiti Awam ke -20 Tahun 2024 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, tadi.
Modus operandi syarikat itu dikesan dijalankan dengan mengeksploitasi melalui penubuhan rumah amal kebajikan bagi tujuan kutipan derma. Selain dari itu, terdapat maklumat mengatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dicarumkan kepada pekerja dan akan dikenakan tindakan kuarantin sekiranya ahli melakukan kesalahan kecil.
Mengikut maklumat yang diterima, kumpulan ini mempunyai ramai ahli atau pengikut yang terdiri daripada berbagai golongan termasuk golongan profesional. Pengaruh mereka sangat luas. Kalau kita tidak kuat dari segi mental dan fisikal , mungkin kita akan mudah terpengaruh.
Sejak dari tahun 2022 hingga bulan Ogos lalu, sebanyak 80 laporan polis telah dibuat membabitkan seramai 122 tangkapan berhubung ajaran sesat yang beroperasi diseluruh negara. Menurutnya, ia satu proses yang berterusan dan akan terus memantau selain bekerjasama rapat dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ajaran sesat dapat dibanteras secara habis-habisan.
Kelmarin, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengesahkan akan ada libat urus dengan wakil syarikat GISB. Terdapat dakwaan dari berbagai pihak, adanya kaitan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa. Antara operasinya adalah, mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.
Kredit – Metro
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Pandu Mabuk: Penjara 10 tahun, Denda RM70,000 ,10 Tahun Tidak Layak Memandu.