Kuala Lumpur, 8 Sept 2024, 10.00 malam – SEORANG Penyelia syarikat hiasan dalaman, Lee Han Wee, 45, dikenakan denda RM10,000, dan 10 tahun penjara serta hilang kelayakkan mamandu selama 10 tahun selepas disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tiga tahun lalu.
Selepas meneliti secara maksimum keterangan saksi bersama hujahan dari kedua-dua pihak, selain rayuan dan pemberatan, Majistret Azureen Sahira telah memutuskan hukuman terhadap Lee Han Wee setelah mahkamah berpuas hati pihak pembela gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu, manakala pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan dan mensabitkan tertuduh bersalah.
Han Wee didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan dan kematian Abdul Rahim Mohamad, 53, di Jalan Limbongan, Klebang pada jam 12.45 pagi, 29 November 2021. Untuk itu, dia dituduh mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dan boleh dihukum mengikut akta sama.
Peguam yang mewakili Han Wee memohon supaya ditangguhkan atas beberapa alasan termasuk tertuduh cedera tulang pinggul dan memerlukan rawatan susulan di hospital pakar, namun mendapat bantahan dari pihak pendakwaan. Walau bagaimanapun hanya penangguhan bagi hukuman penjara sahaja yang dibenarkan, manakala denda perlu dibayar hari ini selain jaminan dinaikkan kepada RM20,000.
Hukuman yang diputuskan oleh mahkamah begitu memuaskan hati isteri mangsa iaitu Norizan Mat Isa,43, serta keluarga. Norizan melahirkan rasa bersyukur kerana dia menganggap kematian arwah suaminya yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sudah mendapat pembelaan.
Selain dari Allahyarham Abdul Rahim Mohamad, 3 orang anak-anaknya turut terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu Wardah,23 Nurul A’liyah,16, dan Sofia U’mairah,14, telah mengalami kecacatan kekal.
Norizan yang juga seorang pengusaha kuih-muih, menunjukkan kecederaan pada lengan Wardah yang masih terdapat besi. Manakala seorang lagi anaknya mengalami kecederaan dibahagian otak dan lambat untuk memproses maklumat. Seorang lagi anaknya iaitu Sofia U’mairah pula patah tangan dan menjejaskan pergerakannya,” ujarnya lagi.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Industri Halal Malaysia Bukan Memalukan Negara, Malah Teratas Didunia.