
Kuala Lumpur, 08 Sept 2024, 3.00 petang –NAIB Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin menempelak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran kenyataannya bahawa ‘mewajibkan sijil halal akan tambah beban peniaga, memalukan negara’ seperti laporan media, semalam.
Hanif menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh itu sebagai ‘bila mulut lebih laju dari otak’. Hanif merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh teresa mengenai status sijil halal di Malaysia seperti mana yang dilaporkan oleh media, semalam.
Menurut Hanif, mencari yang halal adalah wajib bagi setiap orang Islam dan ia adalah perintah Allah kepada semua orang Islam. Bukan sahaja mengenai jenis makanan malah ia juga melibat proses
menyediakan makanan kepada orang Islam juga wajib atau mesti memastikan makanannya halal. Sesiapa pun tak perlu melenting dan ia tiada kena mengena dengan orang bukan Islam .
Hanif menjelaskan lagi, sepanjang tahun 2023, sebanyak 15,605 jumlah permohonan direkodkan dan sebanyak 8,509 permohonan diluluskan manakala sebanyak 132,106 pelbagai produk telah diberikan sijil halal. Kalau dilihat dari jumlah yang memohon tidak kelihatan ia seperti yang didakwa oleh Teresa iaitu ” tambah beban peniaga”.
Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ” tambah beban peniaga” ? Apakah sebenarnya yang dikhuatiri oleh peniaga – peniaga bukan Islam ? Adakah mereka cuba mengaburi pelanggan Islam tanpa berusaha untuk mendapatkan sijil halal?”
Mengenai perkataan ” memalukan negara” buat masa ini Industri Halal Malaysia masih berada di tempat pertama selama 10 tahun berturut-turut. Malaysia berada ditempat pertama dari 81 buah negara.
Malaysia ditempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023. Ia merupakan laporan yang dibuat oleh State of Global Islamic Economy (SGIE) oleh Dinar Standards.
Industri halal merupakan salah satu sektor paling kompetitif dan pantas di dunia. Buat masa kini industri halal antarabangsa bernilai USD2 trilion. Industri halal ini juga dijangka akan mencapai peningkatan sehingga USD4.96 trilion pada tahun 2030.
Oleh kerana saiz pasaran pengguna di seluruh dunia yang besar, maka pasaran halal berkembang dengan pantas. Dianggarkan sebanyak 42 peratus penduduk di Asia Tenggara adalah beragama Islam. Dianggarkan juga 25 peratus penduduk dunia adalah beragama Islam.
Orang-orang Islam diseluruh dunia mementing pemakanan yang halal dan cara penyediaan makanan yang halal. Jadi, apabila pekara halal itu menjadi sesuatu yang wajib didalam agama Islam, bagaimana ia menjadi satu perkara yang memalukan?
Kredit – Harakahdaily
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: