Guru Menegur Perkara Betul Didalam Sistem Pendidikan Perlu Diberi Peluang Kedua.
(KPM) perlu memberi “peluang kedua” kepada guru-guru yang dikenakan tindakan tatatertib dan diberhentikan atau pun meletak jawatan secara sukarela kerana memberi teguran yang betul dan ikhlas.

Kuala Lumpur, 10 Sept 2024, 9.00 malam – PAKAR pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, memggesa Kementerian Pendidikan (KPM), memberi “peluang kedua” kepada guru-guru yang dikenakan tindakan tatatertib dan diberhentikan atau pun meletak jawatan secara sukarela kerana memberi teguran yang betul dan ikhlas kepada sistem pendidikan negara. Mereka perlu dipertimbangkan dan dipanggil semula untuk kembali bertugas disekolah.

Menurut Anuar, adalah tidak adil untuk guru-guru tersebut dikenakan tindakan hanya kerana menegur perkara yang penting dan benar. KPM telah mengakui bahawa kurikulum pendidikan bermasalah melalui program intervensi yang selama tiga bulan bermula Ogos lepas.

Anuar turut merasa dukacita kerana tindakan itu telah menjejaskan kerjaya guru-guru berkenaan walaupun mereka telah membuat perkara yang betul tetapi disebabkan silibus yang bermasalah dan cuba menegur maka mereka telah hilang kerjaya.

Sepatutnya mereka ini dibawa kembali kepada sistem pendidikan kita kerana mereka menyatakan perkara yang benar dan KPM sendiri mengakui. Pada saya, guru-guru itu menjadi mangsa tindakan kita kerana tidak mahu mendengar pandangan disuarakan,” katanya melalui sebuah klip video yang dimuatnaik di Facebook.

Anuar menambah lagi, sistem pendidikan negara kini berada didalam kerugian kerana kehilangan guru-guru yang berwibawa dan bertanggungjawab. Sikap tidak boleh menerima kenyataan bahawa sistem itu salah telah menyebabkan sistem pendidikan seolah-seolah berada dilandasan yang tidak betul.

Ketika berbagai pihak memberi teguran dan pandangan termasuk ibu bapa mendesak supaya sistem pendidikan diperbaiki kerana mempunyai masalah, mengapa KPM tidak mengambil kira malah mengenepikan pandangan dan teguran tersebut?? Ini termasuk 18,000 dari 20,000 orang guru membuat pengakuan bahawa sistem pendidikan negara sememangnya bermasalah. Perkara ini berlarutan sejak 2012 sehingga 2023. Mengapakah KPM tidak mahu mengakui ???

Bayangkan selama hampir 10 tahun kita membenarkan silibus atau kurikulum yang bermasalah itu disampaikan dalam sistem pendidikan negara. “Bayangkan kurikulum bermasalah itu terpaksa disampaikan pada anak-anak kita pada era Covid-19,” jelasnya.

Ketua Pengarahnya, Azman Adnan berkata, perkara itu dicapai setelah pihaknya melakukan pengemaskinian standard pembelajaran dan standard kandungan bagi topik-topik tertentu melibatkan mata pelajaran Sains dan Matematik.

Terdahulu, media melaporkan, KPM berjaya mengurangkan kepadatan kurikulum sebanyak 50 peratus sejak Mac lalu dalam memudahkan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kredit – Utusan Malaysia

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Isu Sijil Halal: Teresa Kok Ditegur Oleh Perdana Menteri.