Tun M Akan Lebih Dipandang, Jika Berjaya Bawa Pelaburan REE Ke Malaysia.
 Tun Dr. Mahathir Mohamad akan lebih terserlah sekiranya beliau berjaya mendapatkan pelaburan asing untuk membawa teknologi pemprosesan nadir bumi (REE) ke Malaysia.

Kuala Lumpur, 06 Sept 2024 –MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Kemampuan sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terserlah sekiranya beliau berjaya mendapatkan pelaburan asing untuk membawa teknologi pemprosesan nadir bumi (REE) ke Malaysia.

Teknologi untuk memproses REE hanya dimiliki oleh syarikat-syarikat milik Kerajaan China. Terdapat beberapa buah syarikat bukan China yang mempunyai teknologi ini. industri REE dikuasai hampir 90 peratus oleh negara China.

Idea untuk menubuhkan syarikat bersama yang dimiliki kerajaan empat negeri ini merupakan usaha yang baik. membina kilang pemprosesan REE telah dirancang di empat negeri yang ditadbir oleh pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Tujuannya adalah untuk memastikan unsur nadir bumi atau (rare earth elements) diproses di Malaysia dahulu sebelum dieksport. Idea ini telah pun dibincangkan didalam majlis-majlis bersama yang turut melibatkan pimpinan dari keempat-empat negeri dan juga telah pun dibincang secara meluas diperingkat kerajaan persekutuan.

Menurut Rafizi, diperingkat kerajaan persekutuan, semua yang terlibat telah membuat keputusan agar usaha dimulakan untuk meyakinkan pelabur berkongsi teknologi pemprosesan REE dengan membuka kilang pemprosesan di Malaysia.

Saya yakin ini persaingan yang sihat. Kerajaan Persekutuan dan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir empat negeri ini berlumba-lumba membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia.

“Jika tidak, rancangan yang diumumkan di Bangi itu hanya kekal menjadi hasrat sahaja,” jelasnya

Kredit – Kosmo

#Precom

Lebih Banyak Berita :

PRK DUN Mahkota: Bakar Kelambu Disebabkan Seekor Nyamuk – Azalina Othman