
Kuala Lumpur, 06 Sept 2024, 8.00 malam – KETUA Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, supaya calon yang dipilih nanti benar-benar dapat bekerja dan berkhidmat untuk pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Azalina mengingatkan Jentera Umno dan Barisan Nasional ( BN ) supaya menyampaikan mesej kepada para pengundi agar tidak salah memilih calon agar tidak menjadi seperti pepatah Melayu “marahkan nyamuk kelambu dibakar”. Bagaikan marahkan seseorang tetapi semua orang dibelasah.
Sebagai komponen kepada Kerajaan Perpaduan, jentera Umno perlu menjaga hubungan baik dan perlu selaras di peringkat pusat dan negeri hingga ke peringkat DUN. Seterusnya Azalina mengingatkan supaya jangan menggunakan isu bangsa dan agama ketika berkempen. Isu ini tidak boleh digunakan lagi. Apa yang penting adalah misi untuk meneruskan tugas yang ditinggalkan oleh Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) itu berkata, pihak pemuda dan puteri perlu memainkan peranan yang penting untuk memenangi hari pengundi. Kedua-dua jentera itu perlu menyakinkan pengundi di Dun rersebut agar memilih calon yang mudah didekati oleh rakyat.
Azalina berkata, kita tidak mahu calon yang setelah memang akan hilang dan tidak nampak muka lagi apabila rakyat memerlukan mereka. Susah untuk dihubungi dan susah untuk berbincang.
Dan akhir sekali itu, isu mengenai 3R harap jangan disentuh. Dalam pertemuan itu, Azalina sempat meluangkan masa bertemu mesra dengan jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dan BN disusuli menziarahi kediaman mantan ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain di Jalan Ahmad Khan di sini.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita