Kuala Lumpur, 06 Sept 2024, 1.00 tengahari – SEORANG Pengerusi sebuah Institusi Komuniti Kampung, ditahan reman bersama seorang individu lain kerana disyaki menerima dan meminta suapan sejumlah RM1,000 sebagai upah pengesahan dokumen bagi kerja-kerja menaik taraf jalan di Perlis.
Majistret Ahmad Hamdi Mustafa telah mengeluarkan perintah reman selama tiga hari sehingga 7 September terhadap dua suspek berusia 40-an selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi.
Menurut sumber, suspek kedua ditangkap pada pukul 8 malam ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis. Manakala suspek pertama suspek pertama iaitu pengerusi sebuah institusi komuniti kampung ditahan pukul 4 petang semalam di Kangar.
Siasatan mendapati, suspek pertama meminta RM1,000 sebagai balasan untuk cop dan tandatangan pada dokumen kerja-kerja menaik taraf jalan di sebuah kampung. Walau bagaimanapun, hanya memberi RM500 sahaja yang diberikan oleh pengadu dan berkemungkinan wang tersebut dibahagi dua bersama suepek kedua.
Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab. Gani berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Kredit – Kosmo Online
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Akta Pembaharuan Semula Bandar, Bakal Menindas Melayu Yang Tinggal Dibandar.