
Kuala Lumpur, 05 Sept 2024, 11.0 malam – PENGERUSI Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang bakal dibentangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dewan Rakyat tahun depan amat membimbang PAS kerana takut berlaku penindasan golongan majoriti terhadap kaum Melayu bandar. Ahmad berkata tiga isu utama yang patut dirisaukan ialah pelanggaran hak milik, kesan sosial dan penindanan kepada akta-akta sedia ada.
Pada pandangan beliau, adakala kita merasa terlalu gembira dan bangga dengan pembangunan yang berlaku disekeliling kita tetapi kita lupa dimana sebenarnya tempat tinggal kita ?? Begitu banyak kedai, supermarket, megamall dan lain-lain lagi dimana kedudukan kita? Dimana kepentingan kita ? Mungkinkah orang Melayu bandar sudah terpinggir?
[22:44, 05/09/2024] noorakmar5: Menurut Amzad lagi, dengan keperluan untuk kerajaan mendapatkan ambang persetujuan 100 peratus bakal dikurangkan dengan akta baru itu, pelanggaran hak milik tanah mungkin berlaku. Ini disebabkan, sekiranya pemilik rumah tidak bersetuju secara keseluruhan, pembangunan yang dirancang tidak akan berlaku 100 peratus seperti yang diinginkan. Ini dilihat telah melanggar Perkara 13 Perlembagaan Negara yang menjamin hak setiap warganegara untuk memiliki harta.
Perlu ditekankan hak asasi pemilik khasnya milik orang Melayu wajib dilindungi terutama kepada orang Melayu yang sudah begitu lama mendiami kawasan bandar.
Jika ambang persetujuan hanya memerlukan 75 peratus, maka 25 peratus yang menjadi minoriti ini yang tidak bersetuju akan dipaksa menyerahkan rumah mereka.
“Ini adalah bentuk penindasan yang disebut sebagai ‘tyranny of majority’,” katanya.
Menurut Amzad lagi, sekiranya akta itu dikuatkuasakan, pembangunan yang dilakukan dilihat seperti membuat paksaan kepada orang Melayu terutama mereka yang berpendapatan rendah atau pesara akan pulang ketempat asal seperti dikampung. Ini berlaku disebabkan rumah yang dibina dibandar selama ini sudah terhapus dan kemungkinan diambil untuk pembangunan.
Selain itu kesan sosial dan kesan yang negetif akan melanda golongan Melayu bandar kerana tidak mungkin akan dapat kembali rumah sebaik seperti mana yang pernah dimiliki sebelum berlakunya pembangunan.
Kredit – MalaysiaKini
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :