Kini 1BestariNet Pula Disiasat Oleh SPRM.
SPRM telah mula mengeledah dipejabat YTL Communications Sdn Bhd dan pejabat kerajaan di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, 05 Sept 2024, 1.00 tengahari – KINI, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) mulai bertindak untuk menjalankan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan yang dianugerahkan kepada YTL pada tahun 2011 yang bernilai RM4 billion.

Menurut sumber, SPRM telah mula mengeledah dipejabat YTL Communications Sdn Bhd dan pejabat kerajaan di Kuala Lumpur semalam. Hasil yang diperolehi selepas melakukan pengeledahan, beberapa dokumen telah diambil dan disita serta cuba mengenal pasti siapakah yang akan dipanggil sebagai saksi untuk diambil keterangan dan meneruskan siasatan.

Siasatan SPRM lebih menumpukan kepada dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion. Siasatan juga ditumpukan kepada kemungkinan jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Hishamuddin juga mengingatkan semua pihak agar tidak mengganggu siasatan yang dijalankan. Berikan SPRM ruang dan masa yang secukupnya untuk menjalankan tugas.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1, secara keseluruhannya 1BestariNet menyediakan kemudahan jalur lebar dan persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya/Virtual Learning Environment (VLE) kepada semua sekolah di bawah KPM.

Audit dijalankan pada Oktober 2018 hingga Mac 2019 itu menyatakan bahawa 3,698 daripada 10,185 sekolah tidak pernah mencapai KPI penggunaan Frog VLE pada 2018, manakala hanya 0.8 peratus daripada 423,566 guru telah membangunkan laman pembelajaran dan diterbitkan dalam Frog Store pada 2018.

Kredit – MalaysiaKini

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Sekiranya Tidak Melanggar Undang-Undang, PN Akan Menerima Semua Syarat.