Beri Laluan Untuk Siasatan. Bukan Desak Ahmad Zahid Bercuti
Desakan pembangkang supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti daripada menjalankan tugas dilihat sebagai politik tidak matang.

Kuala Lumpur, 04 Sept 2024, 9.00 malam – KETUA UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, desakan pembangkang supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti daripada menjalankan tugas dilihat sebagai politik tidak matang kerana sehingga kini sudah hampir tiga tahun Kerajaan Perpaduan dibentuk dan sudah banyak tugas yang diserahkan kepada Ahmad Zahid jadi biarkan beliau menghabiskan tugas-tugasnya tanpa gangguan.

Pada pandangan Mohd Nizar, pembangkang seharusnya memahami bahawa mereka bukan lagi sebagai kerajaan untuk menyatakan demikian. Seolah-seolah memaksa untuk bercuti. Sudah hampir tiga tahun Kerajaan Perpaduan menjalankan tugas untuk negara. Sekiranya individu penting didalam kerajaan diarahkan bercuti, sudah tentu banyak perkara tertangguh dan keadaan negara tidak akan stabil.

Kita hendak Kerajaan Perpaduan ini kuat kukuh untuk kita bina. Kalau hendak berpolitik tunggulah Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti, gasaklah apa benda pun, tapi jangan dalam tempoh ini,“ katanya.

Mohd Nizar berkata, parti Politik seperti Perikatan Nasional (PN) telah memenangi banyak kerusi pada PRU-15 tetapi menolak untuk menjadi kerajaan kemudian menyalahkan orang-orang BN yang hanya memenangi 30 kerusi Parlimen sahaja. Disebabkan PN menolak untuk bergabung dengan Pakatan Harapan ( PH ) untuk membentuk kerajaan, maka BN dicadangkan oleh Yang Dipertuan Agong waktu itu, untuk bergabung bersama PH bagi membentuk Kerajaan Perpaduan. Dengan itu BN kembali menjadi sebahagian dari kerajaan dihari ini.

Dari segi logik akal, kira-kira matematiknya tak mungkin (jadi kerajaan), tapi ingat ALLAH SWT berfirman manusia merancang, ALLAH merancang, ALLAH sebaik-baik perancang.“PRU15 sudah tamat, redalah. Saya kalah tetapi saya reda dan terus bekerja, berkhidmat dan berbakti,“ ujarnya.

Mohd Nizar berpendapat, adalah amat baik untuk sama – sama berusaha untuk menstabilkan negara supaya menjadi contoh yang baik dari pandangan rakyat. Hentikan polimek yang merugikan dan merosakkan perpaduan negara.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat, Ahmad Zahid perlu diberikan cuti bagi memudahkan penyiasatan pertuduhan terhadap dirinya dijalankan dengan bebas sehingga kes tersebut selesai sepenuhnya.

Tuan Man juga berpendapat, tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Namun, beliau amat mengalu-alukan tindakan Ahmad Zahid yang secara terbuka dan rela dirinya disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Kredit – Malaysia Gazette

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

32 Individu Termasuk Doktor Ditahan Oleh SPRM.