Kuala Lumpur, 4 Sept 2024, 5.00 petang – KETUA Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan penahanan 32 individu termasuk dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta. Penahanan tersebut dilakukan bagi membantu siasatan berkenaan kartel yang beroperasi untuk memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di negeri itu.
Azam berkata, kesemua 32 individu itu terdiri daripada 19 pencarum PERKESO, lapan ejen, pegawai perubatan dan dua ‘runner’ ditahan dalam satu serbuan oleh SPRM baru-baru ini.
Azam juga menjangkakan lebih ramai lagi yang akan ditahan apabila siasatan dijalankan kerana lebih banyak perkara akan terbongkar. SPRM memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkara ini selepas satu pendedahan yang dibuat di Dewan Negara Julai lalu.
“Kami memandang serius perkara itu dan mula meneliti dakwaan yang dibuat,“ katanya. Kebanyakkan pencarum yang ditahan itu bekerja dalam sektor kilang dan pelabuhan di negeri ini dan kami menjangkakan untuk membuat lebih banyak tangkapan ketika siasatan kes itu berjalan. Tambah Azam lagi.
Pada bulan lepas, media melaporkan satu gesaan telah dibuat oleh Ahli Dewan Negara Dr R.A Lingeshwaran, kepada Kementerian Sumber Manusia ( KESUMA ) supaya membuat penjelasan mengenai dakwaan beberapa orang doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya PERKESO telah digantung kerana dikaitkan dengan kartel bagi memalsukan permohonan sedemikian.
Dr R.A Lingeshwaran, dilaporkan sebagai memaklumkan kepada Dewan Negara mereka yang disyaki terlibat, digantung sehingga dibertahu kelak. Berkemungkinan PERKESO mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang.
Lingeshwaran merupakan bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang, dilaporkan sebagai berkata apa yang sedang berlaku adalah dan difahamkan, kartel sedang bekerja keras untuk melobi supaya doktor yang digantung diambil semula untuk berkhidmat di hospital yang sama
Beliau turut memberitahu Dewan bahawa terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta dengan 16 darinya melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas aktivitinya terbongkar.
Kredit – The Sun
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :