Kuala Lumpur, 03 Sept 2024, 12.00 malam – KISAH lima sekeluarga termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU), berusia 9 hingga 30 tahun yang dijumpai tinggal dibawah jambatan berhampiran Sungai Langat, Bangi, telah mendapat perhatian apabila dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.
Keluarga tersebut dipercayai tinggal dibawah jambatan itu sejak setahun yang lalu dan kesemua mereka berasal dari negeri Pahang.
Menurut pihak Zakat Selangor, mereka telah menerima aduan dari penduduk disekeliling kawasan berkenaan mengenai terdapat sebuah keluarga dilokaliti yang dinyatakan. Semua pihak menyangkakan bahawa keluarga tersebut adalah warga asing.
Apabila siasatan dijalankan, ternyata mereka adalah warga tempatan tetapi bukan berasal dari negeri Selangor. Ditanya mengapa tidak mahu memohon bantuan, ketua keluarga tersebut berkata tidak mahu menyusahkan keluarga lain yang juga berada didalam kesusahan.
Menurut jurucakap LZS, keadaan keluarga tersebut sangat daif namun, mampu tersenyum walaupun hidup didalam keadaan yang sangat menyedihkan dan kelihatan seperti tiada masalah.
Ketua keluarga berkenaan memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyewa rumah kerana pendapatan yang diperolehi tidak menentu. Hanya bergantung kepada hasil kebun.
Oleh itu mereka telah mengambil keputusan untuk tinggal dibawah jambatan tersebut dan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar sewa. Apa yang perlu hanya mencari wang untuk makan sahaja.
Ini membuatkan anggota LZS yang menziarahi mereka terkedu dan semakan mendapati dua anak daripada keluarga tersebut tidak bersekolah. Manakala OKU itu adalah abang kepada ketua keluarga berkenaan,” katanya.
Jurucakap LZS menyatakan melalui semakan yang dibuat, keluarga ini pernah tinggal di Hulu Langat dan pernah menerima bantuan daripada LZS termasuk Bantuan Kewangan Bulanan. Tetapi pada tahun 2020 bantuan berkenaan telah dihentikan kerana mereka sekeluarga telah berpindah ke Pahang.
Oleh yang demikian, LZS telah mengambil keputusan untuk membuat pendaftaran semula untuk keluarga tersebut dan akan menyambung bantuan bulanan dari segi kewangan dan bantuan untuk tempat tinggal .
Kredit – Kosmo
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kerani Firma Guaman Dituduh Menipu Tanah Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak.