Kerani Firma Guaman Dituduh Menipu Tanah Milik Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak
Gabriel telah menipu dan mendorong K Suppan supaya membuat bayaran menerusi cek CIMB berjumlah RM110,417.25 dan cek Public Bank berjumlah RM220,834.50 dengan menawarkan pajakan tanah milikĀ  PPPNP.

Kuala Lumpur, 03 Sept 2024, 9.00 malam – GABRIEL Yoshua, 66, seorang kerani firma guaman yang juga Orang Kurang Upaya (OKU),mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, kerana menghadapi tuduhan menipu urusan pajakan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri Perak, dua tahun lalu.

Walau bagaimanapun M Gabriel membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan berkenaan dibaca hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan yang dibaca, Gabriel telah menipu dan mendorong K Suppan supaya membuat bayaran menerusi cek CIMB berjumlah RM110,417.25 dan cek Public Bank berjumlah RM220,834.50 dengan menawarkan pajakan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), yang mana mangsa tidak akan menyerahkan bayaran itu sekiranya tidak diperdaya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada jam 10.00 pagi bertarikh 14 April 2022 di pejabat firma guaman di Greentown Square, Jalan Datuk Seri Ahmad Said.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga sepuluh tahun dan sebat serta denda, jika disabitkan kesalahan.

Kredit – Metro

# Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Penjelasan Isu Tular Surat Maklum Balas JAKIM Tentang Status Halal Premis Makanan