Penjelasan Isu Tular Mengenai Surat Maklum Balas JAKIM Berkaitan Isu Status Halal Premis Makanan
Semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah tidak halal.

Kuala Lumpur, 03 Sept. 2024, 3.00 petang – SEJAK kebelakangan ini, negara digemparkan dengan beberapa berita mengenai outlet atau premis makanan yang terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara yang dikatakan tidak mempunyai sijil halal dari JAKIM iaitu satu sijil yang amat penting yang perlu dimiliki oleh setiap premis makanan yang menyajikan makanan yang.boleh dimakan oleh orang Islam.

Selepas peristiwa sebuah Syarikat makanan ternama di Malaysia iaitu “Bungkus Kaw Kaw” telah diperiksa status halal nya di Jakim oleh orang ramai, maka terbongkar segala yang diragukan selama ini bahawa terdapat cawangan dari syarikat berkenaan yang belum mendapat sijil halal walaupun telah dimohon. Pada pendapat umum, sepatutnya cawangan – cawangan tersebut tidak perlu menjalankan operasi perniagaan kerana belum mempunyai sijil halal.

Terbaharu ini kisah yang sama telah dibongkar oleh beberapa individu yang begitu perihatin terhadap peraturan-peraturan dari Jabatan Agama Islam yang memandang wajibnya mempunyai sijil halal Jakim oleh setiap premis yang mempunyai pelanggan dikalangan orang Islam.

Tular satu surat dari Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Malaysia memberi jawapan kepada seorang individu yang mengajukan soalan mengenai status halal beberapa premis makanan. Jakim telah mengambil maklum tentang perkara tersebut dan juga telah mengesahkan bahawa surat berkenaan adalah dari jabatan mereka.

Untuk makluman, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM. Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Justeru, maklum balas yang disediakan oleh Jabatan ini telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut.

Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat (4) outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah. Jabatan ini telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan.

Kepada orang ramai terutama pelanggan makanan yang beragama Islam, anda dinasihatkan untuk selalu menyemak status halal atau tidak kepada premis makanan yang ingin dikunjungi. Harus diingat bahawa Jabatan Agama Islam Malaysia amat menjaga kesucian makanan dan premis yang akan dikunjungi.

 

Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan berbilang agama serta kepelbagaian cara hidup dan makanan. Sudah berdekad lamanya kita hidup bersama didalam keadaan yang aman dan harmoni. Seharusnya, setiap individu atau pun kumpulan perlu punyai sikap saling hormat menghormati antara kaum dan agama. Bukan mengkhianati kepercayaan yang diberi dan memusnahkan kepercayaan antara kaum dan agama. Persoalan yang kerap bermain diminda segelintir netizen dihari ini adalah mengapa terdapat sikap tidak baik yang ditunjukkan melalui premis makanan dengan mengengkari peraturan yang ditetapkan.

Mengapakah masih ada lagi pengusaha makanan yang menjadikan premis mereka tarikan kepada pelanggan beragama Islam tetapi tidak perdulikan untuk memohon sijil penting ini untuk digantung didalam atau dihadapan premis mereka? Adakah mereka ini sengaja tidak mahu mengikut peraturan yang diwajibkan dan hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata dan mahu pelanggan beragama Islam memakan cara masakan yang tidak halal? Persoalannya mengapa mereka tidak memohon sijil halal Jakim walaupun sudah berbelas tahun beroperasi ? Apakah pengusaha ini mahu menginaya pelanggan beragama Islam ?

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Kerajaan Selangor Beri RM50,000 Sebagai Insentif Tangkap Ikan Bandaraya.