Jangan Ambil Tanah Yang Dimiliki Oleh Orang Kampung
Tanah yang telah tamat pajakan harus dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk diberi kepada orang kampung dan rakyat.

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2024, 3.00 petang – TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak lagi membenarkan mana-mana pihak dengan mudah melakukan pengambilan tanah yang dimiliki oleh penduduk kampung tidak kira untuk tujuan apa sekali pun. Namun, pengambilan tanah yang berstatus pajakan seperti ladang-ladang yang diberikan pajakan 99 tahun sejak zaman penjajahan Inggeris lagi adalah dibenarkan.

Menurut Ahmad Zahid, di Bagan Datuk kebanyakkan tanah adalah milik pengurusan dan pemegang saham syarikat ladang, sementara tanah yang dimiliki oleh orang kampung sudah berkurangan jumlahnya. Oleh yang demikian, beliau telah mengarahkan supaya tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang kampung jangan diganggu atau diambil.

Pada masa yang sama Ahmad Zahid menyarankan supaya syarikat perladangan yang sudah lama mengaut keuntungan, harus mengembalikan keuntungan itu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada penduduk setempat. katanya. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pernah mencadangkan sebelum ini iaitu 20 peratus daripada tanah berstatus pajakan seperti pertanian yang telah tamat tempoh untuk diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Perkara ini bukan bertujuan untuk menekan mana – mana pihak tetapi bertujuan untuk kebaikan dan pembangunan rakyat setempat. Pada pendapat beliau, orang kampung perlu mendapat manfaat dari pembangunan yang berlaku disekeliling mereka. Orang kampung juga tidak boleh hanya melihat faedah dan keuntungan dibawa dan disalur keluar dari tempat mereka demi kesenangan pihak lain.

Demi mendapat keadilan untuk orang-orang kampung, tanah yang telah tamat pajakan harus dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk diberi kepada orang kampung dan rakyat setempat.Walau bagaimanapun, perancangan ini perlu dibawa untuk perbincangan dan diteliti oleh kerajaan-kerajaan negeri, Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) dan diperingkat Wilayah Persekutuan, demi mengelakkan salah faham dan tidak mahu pihak syarikat mempunyai pandangan negatif atau tidak menerima apa yang telah  dicadangankan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, merasmikan Majlis Pecah Tanah Membina dan Menaik Taraf Jalan Utama sejauh 6.5 kilometer (km) di Kampung Sungai Pergam.

Projek yang sedang dijalankan adalah menaik taraf jalan sepanjang 4 km dan membina jalan baru sepanjang 2.5 km. Projek ini telah menggunakan peruntukkan sebanyak RM88 juta di bawah Rolling Plan Ke-3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan dijangka siap pada Ogos 2028. Ia menghubungkan jalan utama kampung itu dengan ke Jalan Persekutuan.

Selain itu, Ahmad Zahid juga merasmikan Projek Menaik Taraf Jambatan Sempit Di Simpang Masjid Al-Quro’. Projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan sehala sedia ada kepada dua hala termasuk jambatan lama sejauh kira-kira 30 meter dengan pembinaan projek yang menelan belanja RM2.9juta dan telah mula dilaksanakan pada 8 Ogos lalu dan dijangka siap pada 5 Ogos 2026.

Kredit – Malaysia Gazette

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Dimana Tandas Awam Dan Rumah Sampah Selepas 2 Tahun Projek Diluluskan?- Puad.