Dimana Tandas Awam Dan Rumah Sampah Selepas 2 Tahun Projek Diluluskan - Puad
Projek pembinaan kemudahan asas di Kampung Bumiputera Dalam, masih belum siap walaupun peruntukan projek tersebut sudah pun diluluskan selepas dua tahun.

Kuala Lumpur, 01 Sept 2024, 11.00 malam – ADUN Rengit, Puad Zarkashi mempertikaikan status projek kemudahan awam seperti tandas baharu, lampu limpah serta rumah sampah di kompleks perniagaan perabot terpakai kawasan itu sudah diluluskan, tetapi masih tiada perubahan dan tiada tindakan untuk menyelesaikannya.

Menurut Puad, projek pembinaan kemudahan asas di Kampung Bumiputera Dalam, Johor masih belum dilaksanakan walaupun peruntukan projek awam tersebut sudah pun diluluskan dua tahun lepas

Menurut Puad, Exco Kemajuan Luar Bandar Johor, Zahari Sarip turut melawat tapak itu pada 11 Jun lalu dan telah banyak kali menbangkitkan perkara tersebut didalam mesyuarat tindakan daerah Batu Pahat. Namun, sehingga kini belum ada tindakan. Bagai menunggu buah tak gugur. Sudah dua tahun berlalu, tidak dilaksana juga, kata pemimpin Umno itu dalam catatan Facebook miliknya.

Puad turut memuat naik beberapa gambar keadaan terkini tapak lokasi projek berkenaan iaitu diKampung Bumiputera yang merupakan penempatan masyarakat Orang Asli Rengit.

Puad berkata, tanpa kemudahan baharu itu, sampah dibuang di tepi jalan dan sudah tentu mencacatkan pemandangan pengunjung yang datang untuk membeli belah.

Kampung Bumiputera ini sering dikunjungi oleh orang luar terutama dari Singapura untuk membeli perabot terpakai. Pengunjung sering membuat aduan tiada tandas awam. Malam suasana agak gelap untuk mereka membeli-belah.

Beliau turut mencadangkan pembinaan sebuah rumah bagi keluarga miskin Marliana Bahari yang terpaksa menumpang di kedai perabot dan barangan terpakai kampung berkenaan. Marliana Bahari merupakan wanita Orang Asli Rengit bersama lima anaknya yang masih bersekolah turut menumpang dipremis itu tanpa bilik khas dan tilam.

Alasan yang diberi dia tidak mempunyai kad pengenalan dan tidak didaftar  sebagai status Orang Asli. Marliana sepatutnya membuat pendaftaran semula sebagai Orang Asli. Pastinya dia dan keluarganya tidak perlu menumpang.

Puad merayu pihak yang prihatin untuk bersama menyumbang dana bagi membina sebuah rumah untuk keluarga itu. Dengan hanya sebuah pondok kecil bernilai RM30,000 sudah memadai bagi mereka.

Kredit – FMT

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Banduan Bebas Awal Setelah Mendapat Pengampunan Agong