Kuala Lumpur, 01 Sept 2024, 6.00 petang – SEORANG banduan yang mahu dirinya dikenali sebagai Teh, 52, tidak menyangka dirinya dapat keluar lebih awal dari penjara terjadi begitu cepat.
Bapa kepada tiga orang anak itu dibebaskan lebih awal dari tempoh 16 tahun dipenjara selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hasrat Teh telah menjadi kenyataan apabila dapat keluar lebih awal bagi bersama keluarga yang disayangi berlaku tanpa diduga.
Teh telah mendapat Pengampunan berkenaan setelah diputuskan pada Disember tahun lalu dan dilaksanakan sempena Hari Kemerdekaan ke-67 di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, di sini, pada hari semalam.
Teh menceritakan tentang kisah lampau kehidupannya terbabit dalam jenayah rompak dan samun, dia menyatakan kekesalan kerana pengaruh rakan menyebabkan dia terpaksa meringkuk di penjara dan menerima hukuman selama 16 tahun.
Hukuman penjara nya bermula di Sungai Buluh dan sepatutnya bebas pada Oktober ini dengan pengampunan Yang Dipertuan Agong setelah menjalani hukuman penjara selama sepuluh tahun.
Sewaktu mula-mula dipenjarakan, teh sangat merindui anak – anaknya yang ketika itu masih kecil. Teh berazam akan mengambil peluang untuk bertemu dengan ibu bapa, isteri serta anak-anak dan menjaga mereka sebaik mungkin.
Sewaktu dipenjara, Teh telah mengambil kesempatan untuk kembali belajar mendisiplinkan untuk menjadi orang yang baik dan berguna untuk masyarakat. Teh berkata demikian ketika ditemui pemberita di PRP Mantin, di sini pada hari Jumaat.
Kredit – Kosmo
#Prezcom
Lebih Banyak Berita