BN Mungkin Tidak Lagi Relevan Jika PH Dan PN Bergabung.
Kalau kombinasi PH dan PN (membentuk kerajaan), maka BN sudah tidak relevan lagi dalam situasi politik ketika itu.

Kuala Lumpur, 2 Sept 2024, 6.00 petang – PENGERUSI Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO mengakui, Barisan Nasional (BN) tidak akan relevan dan dipandang lagi dalam dunia politik sekiranya pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bergabung untuk membentuk kerajaan selepas PRU-15 yang lalu.

Menurut Ahmad Zahid, PH ada 82 (kerusi), manakala PN (73 kerusi), apabila digabungkan kedua-dua parti tersebut ia akan menjadi 155 kerusi Parlimen. Ini akan menjadi bilangan melebihi majoriti dua pertiga yang hanya memerlukan 148 kerusi.

“Kalau kombinasi PH dan PN (membentuk kerajaan), maka BN sudah tidak relevan lagi dalam situasi politik ketika itu,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Rakyat (myPPP) Ke-71 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Rakyat (myPPP) Ke-71 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pemangku Presiden MyPPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan; Setiausaha Agung parti itu, Datuk Inder Singh dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Ahmad Zahid menasihatkan semua parti komponen BN untuk menyusun dan membina semula kekuatan dengan menjadikan PRU-14 sebagai iktibar turut menasihatkan semua pemimpin supaya tidak leka di arus kekuasaan. Ia bukan milik pemimpin, ia adalah milik parti dan perwakilan. Erti kata lain, parti politik yang dipilih oleh rakyat akan berkhidmat untuk rakyat. Bukan untuk memberi kuasa pada diri pemimpin itu sendiri.

Ahmad Zahid mengingatkan kembali peristiwa pada 2018 dan ia merupakan sejarah dimana BN telah hilang kekuasaan. Bukan sahaja terpaksa menyerahkan kerajaan tetapi semua hak dan milik dibawa ke pihakĀ  perundangan, malah aset milik UMNO juga tidak diiktiraf sebagai milik parti. Waktu itu beliau mengambil alih kepimpinan Umno dan Barisan Nasional didalam keadaan yang sangat kucar kacir dan tertekan.

Lebih menyedihkan lagi, 10 pemimpin Umno telah diheret ke mahkamah dengan berbagai tuduhan dan fitnah yang sengaja di reka namun, apabila proses perundangan di jalankan, jelas semuanya adalah tidak benar dan saksi yang membuat pendakwaan juga adalah pihak yang berada didalam kekeliruanĀ  dan sangat lemah.

Ketika itu, pemimpin terbabit seorang diri, dalam keadaan susah dan tiada pengikut ketika mereka menoleh ke belakang. Bila keadaan susah, terpaksa jalan melihat lantai. Namun, apabila keadaan senang, kita melihat ‘tukang kipas’ (pelobi) ramai,” katanya.

Beliau turut menggambarkan keadaan cuaca sebagai pembayang maksud iaitu semangat setia kawan. Beliau berkata, “rakan akan sentiasa ada diwaktu susah dan senang”.

Apabila cuaca tenang, mereka akan menjadi rakan, bila cuaca mendung, rakan tidak lagi menjadi rakan dan mereka boleh pergi sesuka hati. Namun, paling utama ialah taat setia kita sebagai ahli parti mesti terus dihargai,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Ahmad Zahid membayangkan bahawa semangat persahabatan amat penting didalam memperjuang sesuatu perkara. Kita tidak boleh bergerak dan berjuang sendiri tanpa sokongan dan bantuan dari sahabat yang bermula dengan bersama-bersama dan diakhirnya apabila berjaya atau kecewa tetap juga akan bersama-sama.

Kredit – Berita Harian

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Jangan Ambil Tanah Yang Dimiliki Oleh Orang Kampung.