Raja Bomoh Dipanggil Oleh Mufti Wilaysh Persekutuan Mungkin Untuk Dibasuh.
Mufti Wilayah Persekutuan diminta memanggil Ibrahim Mat Zain atau digelar ‘Raja Bomoh’  bagi memberikan nasihat tentang batas akidah.

Kuala Lumpur, 30 Ogo ,2024, 11.00 malam – MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengeluarkan arahan supaya Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diminta memanggil Ibrahim Mat Zain atau digelar ‘Raja Bomoh’ dengan segera bagi memberikan nasihat tentang batas akidah supaya menjauhi amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.

Perkara ini perlu diperingatkan kerana ia banyak menimbulkan kegusaran umat Islam di Malaysia dengan kehadiran ‘Raja Bomoh’ tersebut ditempat pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, ibu negara semalam. Ibrahim hadir ke lokasi pencarian mangsa untuk membuat tawaran membantu mencari mangsa. Ibrahim turut dilihat merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi berhampiran kejadian.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita dikenali sebagai Vijaya Lakshmi Gali, 48, dari Kuppam, Andhra, India dipercayai hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India. Sehingga ke hari ini usaha mencari mangsa masih diteruskan oleh berbagai agensi. Namun, ia masih tidak berhasil. Kerajaan Malaysia dan rakyat amat bersimpati kepada keluarga mangsa yang setia menanti dari hari pertama sehingga kini dengan harapan mangsa dapat ditemui.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, Ibrahim telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) pada 2017. Dia didakwa kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina dan membuat pengakuan bersalah.

Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506),” katanya

Kredit – Metro

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Melampau, Tuduh Rakyat Mati Sebab Tak Ada Beras.