Melampau, tuduh rakyat mati sebab tak ada beras
Pemimpin Dewan Muslimat PAS Melaka itu mahu menggambarkan rakyat negara sedang berdepan dengan kekurangan beras hingga membawa mati.

Kuala Limpur, 30 Ogos 2024, 6.00 petang – MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli meminta Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Melaka menyerahkan senarai rakyat yang memerlukan bantuan segera. Ini adalah rentetan dari satu kenyataan oleh pemimpin wanita PAS itu mengenai ‘kebuluran’ di negara ini.

Rafizi juga meminta supaya Hawa Yaacob menghantar senarai yang didakwa rakyat yang kebuluran dan menghantarnya melalui e-mel yang tersedia pada laman sesawang Kementerian ekonomi.

Rafizi menegaskan bahawa pemimpin wanita PAS itu seolah -olah menggambarkan rakyat negara ini sedang berdepan dengan kekurangan beras hingga membawa kepada kematian. Rafizi mahu kerajaan menamatkan kemiskinan dan usaha itu akan diteruskan walaupun berbagai tomahan diterima.

Mengatakan bahawa rakyat sedang mati kelaparan sebab tiada beras ini sangat melampau, danĀ  kurang cerdik,” katanya di media sosial. Hantaran tersebut disertakan bersama paparan tangkap layar dakwaan Hawa: “Semasa MCO (perintah kawalan pergerakan – PKP) beras tempatan boleh diperolehi dan tiada sesiapa mati akibat kelaparan. Dalam era Madani beras tempatan ghaib dan orang ramai mati akibat kelaparan.”

Sebelum itu, Hawa dipercayai membuat ulasan mengenai kematian seorang warga emas dan anaknya seorang OKU serta seorang lagi anak yang juga berstatus OKU berusia 40-an yang dijumpai dalam keadaan lemah. Kesemua mereka ditemui pada Jumaat lalu di Sungai Abong, Johor.

Mengikut laporan Kosmo, kes itu berlaku berkemungkinan keluarga terbabit mengalami kelaparan tetapi setakat ini punca sebenar kematian belum diketahui lagi. Menurut laporan, keluarga tersebut tidak mempunyai mata pencarian tetap tetapi menerima bantuan dari NGO tempatan.

Isu bekalan beras tempatan pernah menjadi polemik sebelum ini sehingga membawa kepada campur tangan kerajaan. Untuk rekod ketika PKP dilaksanakan untuk mengekang wabak Covid-19, tiada isu kekurangan bekalan beras tempatan, namun suasana ketika itu dilatari oleh masalah isi rumah yang kehabisan makanan.

Ia mendorong munculnya kempen “bendera putih” iaitu isyarat digunakan mana-mana pihak untuk menunjukkan mereka terdesak dan perlukan bantuan.

Kredit – Malaysiakini

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Mufakat Nasional Sabah Dibubarkan.