
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2024, 12.00 tengahari – PENGERUSI MN Sabah, Jismit Japong, mengumumkan Mufakat Nasional (MN) Sabah yang dibentuk sejak dua tahun lalu dibubarkan hari ini selepas ahlinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan presidennya, Tan Sri Annuar Musa.
Jismit berkata, beliau bersama 30 ahli jawatan kuasa (AJK) protem MN negeri tersebut meletak jawatan berkuatkuasa semalam kerana tidak berpuas hati terhadap layanan MN Pusat, dan kecewa dengan layanan Annuar yang didakwanya tidak adil.
Jismit berkata, beliau dan ahli jawatan kuasa telah pun menilai tindakan MN pusat pimpinan Tan Sri Annuar Musa, yang tidak memandang, seolah-olah MN Sabah tidak wujud. Perbuatan tersebut seperti itu tidak menghormati dan sama sekali membelakangkan MN Sabah.
Keputusan untuk membubarkan MN Sabah dibuat apabila Annuar dijangka menghadiri Konvensyen PAS Sabah pada Sabtu ini.Keputusan itu dicapai sebulat suara untuk bersama-sama meletakkan jawatan didalam mesyuarat terakhir yang diadakan semalam.
MN Sabah tidak diberitahu tentang pelantikan dua Ahli Dewan Tertinggi MN dari Sabah sedangkan MN Pusat sebelum ini sudah memberi mandat autonomi kepada MN Sabah. Isu perlantikan perlu dibincangkan bersama pengurusan dan pentadbiran MN Sabah.
Sementara itu, katanya, berbeza dengan MN di Semenanjung yang bersikap anti kerajaan, MN Sabah pimpinannya mengambil pendekatan mesra kerajaan negeri.”MN Sabah ini bebas, sama ada ahli UMNO, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan atau mana-mana parti boleh menyertainya kerana ia adalah sebuah NGO.
Kita tidak memburukkan kerajaan atau wakil rakyat, tidak seperti MN di Semenanjung. Kita benar-benar mengamalkan muafakat,” katanya.
Berikutan pembubaran itu, katanya mereka merancang untuk menubuhkan sebuah NGO baharu yang memfokuskan kepada kebajikan dan peningkatan ekonomi Sabah.
Katanya, surat pembubaran MN Sabah akan diserahkan kepada MN Pusat dalam tempoh 14 hari bermula hari ini dan menegaskan ia adalah keputusan muktamad.
Kredit – Metro
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: