Kuala Lumpur, 30 Ogos 2024, 11.00 – MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata, ibadah haji yang dilakukan menggunakan visa adalah sah dengan mematuhi setiap syarat namun, visa umrah atau pelancong dengan cara tinggal lebih lama sehingga musim haji semata-mata untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu adalah satu perbuatan yang haram dan berdosa. Ini adalah salah kerana menipu dan melanggar undang- undang negara Arab Saudi.
Susulan itu, jemaah Malaysia perlu mendapatkan visa khas haji manakala visa pelancongan pula hanya untuk aktiviti pelancongan dan umrah. Itu merupakan syarat kepada Jemaah Malaysia yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi .
Bagi mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan visa haji diatas faktor menunggu giliran, kewangan dan sebagainya, mereka ini dikategori sebagai orang yang tidak memiliki kemampuan atau istita’ah.
Orang-orang yang tidak diiktiraf untuk melaksanakan haji ketika di Arab Saudi, akan ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang. Ia dianggap sebagai menyalahgunakan visa pelancongan untuk menunaikan haji.
Penyalahgunaan visa oleh Jemaah yang terbabit akan mencemarkan nama dan hubungan baik antara dua negara. Sebenarnya pengiktirafan permit haji hanya dikeluarkan oleh institusi bertauliah seperti Lembaga Tabung Haji (TH),” katanya kepada BH.
Mengulas pengeluaran visa mujamalah, Mohd Nai’im berkata, Kerajaan Arab Saudi mempunyai hak mutlak untuk memberikan visa itu kepada jemaah Malaysia menunaikan haji, selain kuota rasmi yang diberikan kepada negara melalui TH.
Mohd Nai’im menasihatkan mereka yang mendapat visa mujamalah, pilihlah syarikat pelancongan yang dilesenkan oleh TH bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara sepanjang mengerjakan haji.
Syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen ini dipilih dari kalangan yang terbukti berpengalaman mengendalikan urusan haji.
Setiap jemaah mahukan haji yang makbur. Dalam melakukan ibadah terutama haji, setiap yang dilakukan perlu mengikut syarat dan tertib. Tetapi jika kemasukan ke Arab Saudi melanggar peraturan negara itu, ia tidak mencapai matlamat maqasid syariah (peraturan dituntut syariah). Jadi bagaimana untuk mendapat haji yang makbur.?
Mereka yang ditangkap kerana menunaikan haji tanpa visa dan permit sah, boleh didenda 10,000 riyal dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :