
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024, 11,00 malam – DALAM tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2024, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Cukai Barangan dan Perkhidmatan ( ) perlu dikembalikan semula kerana Malaysia harus meningkatkan hasil memandangkan penerimaan cukai hanya menyumbang 12 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
OECD menyatakan, kebanyakan negara menjadikan GST sebagai cukai utama dinegara mereka kerana cukai ini mesra pertumbuhan ekonomi dan mampu mengesan ketirisan dan dapat mengelakkan dari syarikat-syarikat melarikan cukai. Ia juga agak mudah untuk dikuatkuasakan dan sukar untuk dielakkan. Di Malaysia, semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri, GST dianggap sebagai cukai yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan yang hebat dari pembangkang dan segelintir rakyat yang tidak arif tentang sistem percukaian.
Menurut OECD, “Malaysia boleh mengikuti amalan terbaik OECD ini dengan memperkenalkan semula GST, yang telah dimansuhkan pada 2018,” kata Pengarah Cawangan Kajian Negara, Jabatan Ekonomi OECD, Luiz De Mello. OECD juga mencadangkan kumpulan cukai pendapatan peribadi diperluaskan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata terdapat banyak cara untuk mengukuhkan fiskal dan beliau juga tidak mahu mengulas lanjut atau menafikan samada kerajaan Malaysia mahu mengembalikan perlaksanaan cukai GST itu atau tidak. Beliau mengatakan terdapat banyak kumpulan yang boleh memberikan padangan yang berlainan dan ianya akan dipertimbangkan oleh kerajaan.
Pada bulan Januari lalu, Rafizi menyatakan kerajaan akan melihat kepada pendekataan lain sebelum kembali menggunakan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). dilapor pendapatan bersih yang diperolehi melalui cukai GST adalah sebanyak RM27.3 bilion pada tahun pertama.
Kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri, Najib Razak pada 2015 memperkenalkan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Apabila Apabila PH mengambil alih kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad, GST dimansuhkan dan digantikan semula dengan SST.
OECD turut mengesyorkan pelaksanaan cukai pelepasan karbon memandangkan subsidi bahan api tidak berkesan. Pemindahan yang disasarkan kepada isi rumah yang rentan boleh melakukan kerja yang lebih baik pada kos fiskal yang lebih rendah.
Subsidi bahan api mewujudkan insentif yang salah untuk mencapai pengurangan pelepasan karbon. Subsidi bahan api dan tenaga menyaksikan peningkatan tiga kali ganda berbanding tahun lepas, iaitu 3.5 peratus daripada KDNK negara.
Menurut laporan, Pengenalan harga karbon secara beransur-ansur melalui cukai atau sistem perdagangan pelepasan boleh dilengkapkan dengan peraturan yang lebih ketat, manakala pemindahan yang disasarkan boleh mengurangkan impak sosial mereka dan memudahkan sokongan politik.
Kredit – Malaysiakini
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kerajaan Cadang Belajar Secara Percuma Dan Elaun Kepada Pekerja GIG
….