Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024, 7.00 malam – TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, kerajaan mempunyai cadangan untuk meningkatkan kemahiran pekerja gig dengan memberi elaun dan menggalakkan mereka belajar secara percuma. Pada masa yang sama ia dapat meningkatkan kemahiran (upskilling) dan pemahiran semula (reskilling).
Menurut Ahmad Zahid, peserta gig yang bakal dipilih untuk menyertai program ini,perlu menyertai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tertentu dan berpeluang melanjutkan pelajaran. Universiti yang telah dipilih untuk mereka melanjutkan pelajaran adalah sebanyak lima buah iaitu rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
“Kita mahu menyediakan kursus ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ dengan memberi mereka elaun dan pembelajaran secara percuma disamping mereka meneruskan kerja. Kita juga bukan hanya merancang untuk SKM 1 dan 2 dan ia juga boleh ditingkatkan menjadi 3, 4 dan 5, yang sama tarafnya dengan diploma. Katanya kepada pemberita.
Dengan adanya SKM 5, mereka akan dapat masuk universiti. Begitu juga pihak KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) sedang merancang untuk SKM 6,7, 8 dan seterusnya, supaya pekerja ehailing, phailing dan yang bekerja sendiri juga boleh melanjutkan pelajaran mengikut sistem yang kita rancangkan,” katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Ahmad Zahid berharap hasrat untuk melihat apa yang dirancang dapat dijalankan dengan segera supaya kebajikan dan perlindungan sosial pekerja gig dapat dibela dengan memberi mereka peluang untuk meningkatkan taraf hidup.
Peluang untuk meningkatkan pembelajaran kepada golongan ini akan dirangka untuk jangka masa panjang. Peluang ini juga dilihat mampu membantu diri mereka bagi mendapat pekerjaan dengan mudah didalam pasaran kerja tempatan.
Kita juga mengambil tahu pekerja gig yang mungkin melebihi umur 40 tahun, kerana produktiviti mereka mungkin menurun. Jadi yang penting ialah bagaimana keluarga, terutama anak-anak harus dijaga dengan adanya kerja yang dipersiapkan menerusi program yang mereka ikuti, ” katanya.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
*Lebih Banyak Berita:
PRK DUN Mahkota: DAP Akan Bantu Kempen Untuk Calon BN – Loke