
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024. 5.00 petang – SETIAUSAHA Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP akan turun untuk bersama menjalankan kempen bagi membantu calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Dun Mahkota nanti.
Menurut Loke, perkara itu telah pun dibincangkan dengan melantik Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi sebagai penyelaras utama dalam membantu kempen itu. Gerak kerja bantuan telah pun diputuskan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan semalam.
DAP mempunyai pusat khidmat dan cawangan-cawangan berserta petugas parti sepenuh masa di kawasan tersebut. Mereka akan diminta untuk membantu bagi memenangkan calon Kerajaan Perpaduan.
DAP akan membawa naratif pengukuhan dan kemakmuran negara dibawah Kerajaan Perpaduan yang bakal di dikempenkan bagi memberi kenyakinan kepada pengundi di Dun tersebut dengan tujuan untuk mengekalkan dan mempertahankan kerusi yang telah dimenangi sebelum ini.
Johor merupakan salah satu pusat perkembangan ekonomi di Malaysia yang pesat membangun. Terdapat pelabuhan baharu dengan berbagai projek dan infrastruktur yang besar sedang dijalankan disana. Buat masa ini projek landasan berkembar Gemas ke Johor Bahru yang akan melalui Kluang sedang didalam jadual dan akan beroperasi tidak lama lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept.
Sebelum ini, penyandangnya adalah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia pada 2 Ogos 2024 ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor.
Kredit – Astroawani
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :