Kuala Lumpur, 27 Ogos 2024, 11.00 malam – PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan supaya pimpinan parti itu tak perlu berangan dan bermimpi agar ada diantara mereka boleh menjadi perdana menteri ketika ini kerana Umno tidak mempunyai kerusi yang banyak di Parlimen.
Buat masa ini, Barisan Nasional (BN ) cuma ada 30 dari 222 kerusi Palimen dan hanya 26 sahaja kerusi yang disandang oleh AP Umno. Baki dari itu adalah kerusi kepunyaan parti komponen didalam BN.
Umum telah pun mengetahui BN/Umno telah pun mengalami kekalahan yang teruk semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan jumlah kerusi yang jauh ketinggalan dari PRU-14 dimana BN/Umno memenangi 78 kerusi.
Kekalahan itu merupakan sejarah didalam negara menyaksikan BN tewas ditangan Pakatan Harapan (PH) setelah 60 tahun memegang tampuk pemerintahan.
Zahid mengakui bahawa membentuk kerjasama untuk menubuhkan kerajaan dengan ‘musuh tradisi’, mencetus rasa kurang senang dalam kalangan ahli Umno dan disebabkan itu sokongan orang Melayu terhadap Umno telah merosot.
Zahid mahu semua ahli Umno berfikir diluar kotak untuk menerima landskap baru politik agar suara rakyat memberi kesan dikabinet dan akar umbi mempunyai semangat kekitaan dalam kerajaan Madani,” katanya.
Zahid juga turut menafikan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu bekas musuh politiknya, adalah beban yang besar kepada Umno.
Zahid berkata, sangkaan begitu timbul kerana kegagalan Umno dan Kerajaan Perpaduan berkomunikasi secara berkesan kepada pengundi Melayu mengenai hubungan kerjasama parti itu dengan DAP. Beliau menambah lagi dengan berkata, parti komponen didalam Kerajaan Perpaduan sentiasa mencapai kata sepakat yang baik terutama didalam perbincangan untuk mencapai sesuatu tujuan.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
PRK DUN Mahkota. Tidak Perlu Berebut, Yang Pilih Calon Adalah Presiden Umno.