PRK DUN Mahkota. Tak Perlu Berebut, Yang Pilih Calon Adalah Presiden Umno.
Yang memilih calon adalah Presiden. Dia mestilah yang mempunyai ciri-ciri wali. Boleh menang, boleh dipercayai dan disukai ramai.

Kuala Lumpur, 27 Ogos 2024, 9.00 malam – PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Umno, menyangkal berlakunya perebutan antara sayap parti itu untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, bulan depan.

Zahid berkata, tidak perlu berebut untuk dicalonkan kerana yang akan menentukan siapa yang layak mewakili Barisan Nasional (BN) adalah beliau sendiri iaitu Pengerusi BN. Pemilihan calon sedang diperincikan sekarang dan keputusan calon yang terbaik akan diturunkan

Menurut Zahid, calon dari Umno yang akan mewakili BN nanti mestilah mempunyai ciri-ciri “Wali” iaitu yang boleh menang ataupun dipanggil (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable).
[20:47, 27/08/2024] noorakmar5: Samada calon tersebut lelaki atau perempuan, sekarang ini Umno sedang buat penelitian. Apa yang pasti calon berkenaan adalah yang betul-betul layak untuk diketengahkan. Keputusan untuk siapa yang dipilih akan diumumkan pada 14 September nanti,” katanya.

Zahid berkata demikian pada sidang media sebaik sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK DUN Mahkota, di Saujana, hari ini. Mesyuarat khas itu dihadiri Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan, serta 26 ketua UMNO negeri ini.

Kredit-Berita Harian

Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kenapa Zahid Panggil Saya Dengan Nama Lain?