Kuala Lumpur, 27 Ogos 2024, 3.00 petang – DR MAHATHIR Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau mepersoalkan, kenyataan Zahid yang memanggilnya dengan nama lain dengan tujuan untuk namanya supaya tidak diterima orang ramai dan ahli UMNO. Kenapa memanggil namanya dengan nama lain ?
Tun menjawab soalan peguam, Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid dengan berkata, beliau tidak mempertikaikan ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya, kecuali pada bahagian yang merujuk namanya sebagai Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.
Mahathir seterusnya berkata, sesiapa pun berhak untuk menulis apa sahaja, tetapi apa yang dipersoalkan ialah, kenyataan yang memanggilnya dengan nama lain.
Peguam Mohamed Shahrul bertanya, adakah Mahatihr tahu tujuan agenda majlis itu diadakan dan beliau menjawab ia adalah untuk memburukkan namanya kepada Umno supaya beliau tidak diterima. Beliau juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut tetapi apa yang diketengahkan adalah perkataan yang disebut oleh Zahid telah didengari orang lain termasuk seluruh dunia.
Menurut dakwaan, defenden (Zahid) memperolehi maklumat tersebut daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Namun apa yang tercatit dalam kad pengenalan ialah Mahathir bin Mohamad, dan tidak tercatit mana-mana perkataan ‘kutty’,” jelas beliau lagi.
Mahathir berkata, kenyataan tidak benar oleh Zahid membayangkan bahawa semasa beliau menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah menggunakan orang Melayu untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadi.
Mahathir menggambarkan bahawa, dirinya memandang rendah kepada rakyat Malaysia yang berketurunan India Muslim dan seolah-olah malu dan terasa hina dengan keturunan nenek moyang yang mempunyai pertalian darah yang berasal dari negara India.
Ia juga menggambarkan bahawa tanggungjawab dan kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri dan pemimpin parti dengan mengutamakan orang Melayu adalah diragui.
Zahid juga telah menunjukkan bahawa Mahathir tidak layak untuk menjadi pemimpin dan memimpin masyarakat kerana seolah tidak mempunyai etika. Selain dari itu, ia juga menggambarkan Mahathir seperti membohong, tidak boleh dipercayai dan mementingkan diri ketika menjawat memegang jawatan awam atau tokoh masyarakat.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :