Kuala Lumpur, 26 Ogos 2024, 6.00 malam – MENURUT Duta Besar Indonesia di , Datuk Indera Hermono, hanya sekitar 60,000 amah yang bekerja di negara ini secara sah. Dianggarkan juga seramai 100,000 lagi pembantu rumah berkemungkinan tiada permit pekerjaan yang dipercayai berkerja secara haram.
Indera berharap, kempen yang lebih berskala besar dan agresif dapat dilakukan agar tidak mengambil pekerja yang tiada permit kerja kerana ini melanggar undang-undang negara Malaysia. Beliau berkata bahawa masalah ini merupakan masalah yang besar bagi kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Konsul Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru, Sigit Suryantoro Widiyanto, berkata, masih ramai rakyat Indonesia yang menggunakan visa pelancong dan memasuki negara ini menerusi terminal feri antarabangsa sebelum bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini secara haram dan tanpa permit.
Telah pun dikenal pasti, di terminal feri, akan ada majikan yang menunggu mereka sebelum dibawa ke lokasi pekerjaan dan hilang bekerja di Malaysia tanpa dapat dikesan. KJRI Johor Bahru tiada data berapa ramai golongan ini namun kita percaya ramai juga. Sepertimana yang dilaporkan kemungkinan pembantu yang berkerja secara haram dinegara ini dianggarkan sebanyak 100,000 orang.
Perkara seperti ini sebenarnya akan memudharatkan kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan Malaysia. Sekiranya berlaku sesuatu masalah, kerajaan Malaysia tidak akan dapat mengambil apa apa tindakan kerana pembantu rumah tersebut tidak mempunyai permit yang sah. Begitu juga sebaliknya jika berlaku perkara yang tidak dingini kepada pembantu tersebut, dimana mereka akan membuat aduan kerana mereka masuk ke Malaysia tanpa mendapat pengesahan dari kerajaan Malaysia dan kosulat Indonesia di Malaysia.
Awal Januari lalu 2023, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju melanjutkan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sehingga akhir tahun ini berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi program berkenaan, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berada di negara ini diberikan pilihan untuk pulang atau bekerja dengan tampil berdaftar yang akan dikenakan caj bayaran tertentu.
Saifuddin dilaporkan berkata, di bawah Pelan Rekalibrasi Pati dilaksanakan sehingga 31 Disember tahun lalu, seramai 418,649 Pati berdaftar bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan 295,425 orang PATI bagi Program Rekalibrasi Pulang.
Kredit – kosmo/ Metro
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :