Kuala Lumpur, 26 Ogos 2024, 2.00 petang – MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, rakyat Malaysia layak mendapat kemudahan dan layanan yang terbaik. Oleh itu kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat ( PPR ) kepada Program Residensi Rakyat (PRR ) yang bertujuan untuk menghapuskan anggapan bahawa ia dibina khas untuk rakyat miskin tegar. Oleh itu kerajaan bertindak untuk menambahbaikan perumahan tersebut supaya ia dilihat setaraf dengan program perumahan (HDB) di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
SEMAKIN ramai rakyat yang kurang berkemampuan dikawasan bandar yang besar seperti Kuala Lumpur. Kehadiran mereka bukan untuk bersuka-ria dan hanya ingin memuaskan hati mengecapi keindahan dan kemakmuran serta kemordenan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini, tetapi apa yang paling tepat untuk diperkatakan adalah, peluang yang banyak untuk mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Pada tahun 2023, Satu kajian yang diterbitkan UNICEF, menunjukkan bahawa 13.4 peratus kanak-kanak yang tinggal di PPR di Selangor dan Kuala Lumpur pernah mempunyai pemikiran bunuh diri dan self-harm. Manakala lebih daripada 12.3 peratus mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan. Ini mungkin disebabkan tekanan yang dialami disekitar yang sempit serta serba kekurangan dan kemungkinan malu kerana dikaitkan dengan kemiskinan tegar.
Melalui hasil kajian, adalah amat perlu untuk meningkatkan kualiti perumahan rakyat, iaitu perumahan sosial kerajaan dengan menekankan lima aspek, iaitu, kesalinghubungan, kebolehcapaian, kemampanan, berdaya huni dan pergerakan dengan kemudahan awam dan penyelenggaraan yang lebih baik.
Dari kajian yang dijalankan juga, kemiskinan boleh dihindari dengan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat miskin tegar ini, iaitu dengan cara memberi golongan ini latihan keusahawanan untuk meningkatkan kemahiran dalam pengendalian perniagaan. Ini adalah untuk memastikan peserta PEKB mampu berusaha dalam bidang yang diceburi dan menghasilkan pendapatan lebih tinggi.Program PEKB adalah terbuka kepada semua penduduk miskin bandar yang menepati kriteria, termasuk penduduk di PPR. Dasar kami adalah jelas untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir.
Pihak kerajaan akan sentiasa mendengar rintihan rakyat. Untuk itu, kerajaan akan mewujudkan lebih banyak Program Residensi Rakyat untuk sentiasa dekat di hati rakyat terutama golongan miskin tegar. Kerajaan Madani akan sentiasa memberikan komitmen yang berterusan dalam memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal sama ada secara pemilikan atau sewaan (shelter for all).
Di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) dan Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-12), Kerajaan Persekutuan meluluskan 14 projek PPR baharu iaitu satu PPR untuk setiap negeri di seluruh negara. Pembangunan PPR baharu akan menerapkan penggunaan teknologi hijau seperti panel solar, sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan (SPAH), peralatan dan perkakasan cekap tenaga dan air.
Untuk itu kerajaan akan memohon kerjasama kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang sesuai bagi membangunkan PRR. Sekiranya tanah dapat disediakan oleh kerajaan negeri, maka kerajaan mampu menjimatkan duit dan menggunakan peruntukan tersebut untuk membina PPR yang berkualiti dan selesa. Menerusi satu kajian oleh Institut Kajian Khazanah (KRI), mendapati kepadatan penduduk memberi kesan kepada sentimen kepelbagaian keselesaan penduduk di PPR kerana ia saling berkaitan.
KPKT sentiasa mengambil perhatian serius terhadap keselesaan rakyat di perumahan sosial kerajaan. Oleh itu, model PPR yang bakal dibina akan menggunakan spesifikasi yang ditambahbaik dengan ciri-ciri kawasan perumahan bersepadu yang berkualiti, mampan dan kondusif terutama untuk golongan B40.
Bagi memberi keselesaan kepada penghuni, KPKT akan menetapkan keluasan saiz lantai PPR pada minimum 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Selain dari itu, susun atur dalaman unit akan ditambahbaik dan mengoptimumkan sistem pengudaraan yang lebih lancar.
Model perumahan baharu ini akan memberi penekanan kepada kesalinghubungan menerusi pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang dijangka mengurangkan jumlah kenderaan dan tempat letak kereta.
Kemudahan itu akan disepadukan dengan bangunan berkonsep hijau yang mengurangkan 30 peratus kos tenaga berbanding bangunan berciri standard.
Bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk, KPKT juga akan melancarkan operasi besar-besaran dalam masa terdekat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah PPR yang dikesan memberi sewa kediaman mereka kepada orang lain terutamanya pendatang asing tanpa izin.
Golongan orang kurang upaya (OKU) adalah golongan yang tidak boleh dipinggirkan kehadirannya sebagai penduduk PPR, apakah misi kementerian bagi memastikan kediaman PPR tidak mengetepikan kebajikan golongan ini?
Kerajaan melalui Dasar Rumah Mampu Milik Negara turut menggariskan keperluan untuk menyediakan konsep rumah yang mesra OKU dengan menerapkan piawaian spesifikasi Reka Bentuk Sejagat yang antara lainnya meliputi tempat letak kenderaan OKU, lif mesra OKU dan suis capaian OKU.
KPKT menetapkan sebanyak satu peratus daripada jumlah keseluruhan unit PPR dalam sesuatu pemajuan perumahan PPR hendaklah diperuntukkan kepada golongan OKU.
Golongan ini diberi keutamaan untuk menduduki unit perumahan di tingkat aras bawah bagi memudahkan urusan mereka. Langkah proaktif ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa setiap rakyat, termasuk golongan yang memerlukan sokongan khas, mempunyai akses kepada kediaman yang selesa dan bersesuaian dengan keperluan mereka.
Kredit – Metro
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :