Kuala Lumpur, 26 Ogos 2024, 11.00 malam – SETIAUSAHA Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail, berkata, legitimasi Anwar selaku perdana menteri telah pun diuji pada sidang parlimen ke-15 yang pertama di Dewan Rakyat pada Disember 2022. jadi, cadangan Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuktikan keabsahan tidak relevan langsung.
Menurut Saifuddin, ” Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, mempunyai kuasa untuk melantik seorang perdana menteri yang berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat. Pada sidang parlimen pertama, Anwar Telah membuat undi percaya terhadap dirinya dan lulus dengan undian suara. Seterusnya Dewan Rakyat telah meluluskan Belanjawan 2024 dengan lebih 140 ahli parlimen meyokongnnya.
Menurut Saifuddin lagi, Takkan nak buat usul undi percaya tiap-tiap tahun,” katanya kepada Malaysiakini. Ini bermakna, cadangan Hasan itu tak relevan. Ahli Parlimen PKR tersebut mencadangkan kerajaan boleh mengemukakan usul undi percaya kepada Anwar atau pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadap presiden PKR itu.
Cadangan seterusnya, Belanjawan Negara 2025 yang akan dibentangkan 18 Oktober nanti, boleh juga menjadi cara untuk memastikan sokongan terhadap Anwar. Isu keabsahan Anwar selaku perdana menteri telah ditimbulkan kembali oleh pembangkang iaitu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin Ketika berceramah pada kempen PRK Nenggiri. Muhyiddin mendakwa dia memiliki 115 SD selepas PRU15 dan cukup untuknya dilantik menjadi perdana menteri.
Baru-baru ini, Muhyiddin telah dipanggil oleh pihak polis ekoran menyoal mengapa dia tidak diundang oleh Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik sebagai perdana menteri. Perkara tersebut telah dianggap sebagai Isu 3R”. Rentetan dari peristiwa itu, siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.
Kredit – Malaysiakini
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :