
Kuala Lumpur, 25 Ogos 2024, 9.00 malam – TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, KDN dan Jabatan Imigresen tidak sesekali berkompromi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara dengan menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur dengan modus operandi ‘counter setting’.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membongkar sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Warga asing yang dibawa masuk adalah dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan serta Nepal.
Sehubungan dengan itu Shamsul berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) KDN dan Jabatan Imigresen tidak sesekali berkompromi dalam soal yang menyalahi undang-undang. Menurut beliau, ketegasan amat perlu dalam menangani salah guna kuasa dan pengkhianatan didalam tugas. Jabatan Imigresen akan kekal mematuhi undang-undang sedia ada. Jika terdapat sisatan dari pihak SPRM, ianya terbuka dan tiada halangan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, kegiatan sindiket berkenaan dibongkar berikutan tertangkapnya 12 individu yang merupakan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi Op Pump yang dijalankan oleh SPRM di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.
Shamsul menambah lagi, tiada kerjasama untuk menghalang siasatan sekiranya terdapat penguatkuasa dari agensi tertentu yang menyalah guna kuasa untuk menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan undang – undang. katanya kepada pemberita selepas melawat laman media sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: