Umno Tak Perlu Gerak Solo Pada PRU-16
Umno\BN perlu rakan untuk mencapai kemenangan di PRU-16

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2024, 3.00 petang – SUNGGUH hebat Perhimpunan Agung Umno tahun 2024 ini dimana kita dapat mendengar berbagai pandangan yang berbeza dari kepimpinan tertinggi Umno. Pandangan dari Presiden dan pandanganNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani adalah selari iaitu tidak perlu bergerak solo  dan tidak tolak berkerja sama dengan parti komponen didalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh pula berkata, sudah tentu jika ahli kata kita pergi solo, kita akan pergi solo tetapi mesti ikut kehendak parti. Setakat ini Umno belum membuat keputusan untuk bersama mana-mana parti bagi menghadapi PRU ke-16.

Menurut Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Sejak dulu lagi kita sudah bekerjasama dengan parti MIC dan MCA didalam Barisan Nasional (BN) dan kita juga panggilparti di Sarawak dan di Sabah. Semua parti kita panggil duduk dalam satu gagasan yang dipanggil Barisan Nasional. Kita tidak pernah pergi solo dan ada keperluan untuk kerjasama.

“Jadi soal solo ini ialah tak wujud bagi saya. Sekarang ini kita nak cari kesesuaian siapa siaap dalam kalangan komponen kita ini yang boleh menubuhkan kerajaan dan membawa Malaysia menjadi negara progresif dari segi pemikiran,” katanya.

Johari yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Presiden parti iaitu ucapan dasar yang antara lain menyentuh mengenai langkah terbaik dalam politik semasa, sama ada mahu bergerak solo atau sebaliknya.

Menurut Johari lagi, untuk memenangi pilihan raya akan datang, sekali gus dapat membentuk kerajaan, BN perlu mencari kesesuaian dengan parti komponen yang lain bagi menjalin kerjasama lebih awal. Kerjasama amat penting untuk dibentuk dari sekarang dan bukannya sewaktu hampir Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan Barisan Nasional (BN) dan Umno boleh bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Umno/BN tidak boleh bergerak solo kerana kita memerlukan rakan untuk menghadapi pilihan raya. Kita akan fikirkan pada ketika itu. Sekarang ini adalah tidak adil untuk kita menilai diri kita untuk 2027,” katanya.

Kredit – Berita Harian

#Prezcom

Baca Lebih Banyak Berita:

Adakah Kebebasan Untuk Bersuara Mempunyai Sempadan ?