Kuala Lumpur,24 Ogos, 7.00 malam – KEBEBASAN bersuara” dilihat sebagai hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya tidak boleh dihalang. Bagaimana sesuatu perkara itu dapat diperbaiki atau diubah jika tidak bersuara.
Hanya dengan bersuara, banyak perkara yang tidak baik dapat dihalang contohnya mendedahkan penyelewengan sang penguasa, meluahkan ketidakpuasan dan memecah monopoli maklumat dalam ruang wacana awam. Didalam politik, bersuara mampu mengubah senario kepimpinan yang tidak mampu memimpin dan dengan suara juga mampu mengubah kerajaan yang tidak digemari oleh rakyat disebabkan rasa tertindas dan terpinggir. Bersuara juga boleh mengoncang kedudukan seseorang yang hanya mementingkan diri dan kuasa.
Apabila sesuatu pihak bersuara, berbagai perkara boleh berlaku seperti menghukum dengan keras atau penjarakan seseorang samada dengan bukti yang kukuh atau tidak. bersuara juga boleh menjatuhkan hukuman penjara kepada yang tidak bersalah atau sememangnya bersalah. Semuanya adalah kuasa bersuara.
Ada juga suara-suara yang tidak mampu mengubah apa-apa kerana cubaan untuk memperjelaskan tidak diterima. Mungkin kerana ingin melindungi golongan mahakaya dengan berbagai sogokan hingga berjaya menutup mata sang penguasa dari bertindak.
Namun, realiti mengajar kita bahawa mustahil kita menikmati kebebasan bersuara tanpa sempadan. Kebebasan bersuara datang dengan harga dan risikonya, tertakluk kepada konteks masyarakat masing-masing. Bersedialah menerima risiko yang tinggi sekiranya terlalu lantang bersuara yang mampu menggugatkan kedudukan orang-orang yang berkuasa.
Apakah bersuara itu tiada sempadan ? Jika ia adalah hak asasi manusia, bagaimana ia dihalang dari bergemar untuk menyampaikan sesuatu ? Sebenarnya apabila sesuatu pihak bersuara untuk kebenaran, maka ada yang mengalami ketakutan. Perkara ini biasanya berlaku kepada sang pemerintah yang mahu menyembunyikan kelemahan dan kegagalan mereka. Jadi bagaimana untuk menyatakan sesuatu sekiranya ia dihalang dengan kekerasan ?
Walau bagaimanapun, bukan semua perkara yang disuarakan itu adalah benar. Ada yang cuma andaian, ada yang hanya untuk menghasut, ada yang hanya berhalusinasi dan ada yang suka membuat tuduhan tetapi menggunakam perkataan bersuara untuk mencapai maksud dan niat jahatnya.
Untuk itu demi agama, bersuara lah untuk kebenaran. Didalam agama bersuara untuk kebenaran itu adalah tuntutan. Jangan disebabkan suara yang kita lontarkan itu menjadi kehidupan sesorang atau sesuatu masyarakat itu musnah dan hancur.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :