Kuala Lumpur, 24 Ogos 2024, 1.00 petang – PERWAKILAN mahasiswa, Muhammad Fareezad Khairuddin berhujah dihadapan pemimpin dan ahli-ahli Umno dengan berkata, UMNO perlu menjadi sekolah politik kepada anak-anak muda yang ‘mengajar’ soal jatuh bangun, susah payah dan perjuangan untuk masa depan negara.
Fareezad meminta supaya diberikan mandat kepada mahasiswa untuk mendirikan sekolah politik ini. Ini kerana parti keramat Melayu mempunyai peranan yang besar untuk membentuk anak muda agar mempunyai pengetahuan yang kukuh terutama tentang perlembagaan untuk menjadi aktivis yang mempunyai pemikiran yang segar dan berwawasan serta berfalsafah .
Beliau berkata ” Anak muda hari ini tak suka politik yang membosankan. Cara kita menghiburkan diri juga lain, dulu hiburan pengerusi tetap mungkin main laga getah skrap, tapi generasi saya ‘Mobile Legend’. Sebab itu, kita kena lakukan mengikut cita rasa mereka, cara lebih muda,” katanya kerana beliau juga adalah dari golongan orang muda.
Setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan, mahasiswa tidak pernah ketinggalan untuk turut menyertai perhimpunan itu. Ini bermakna peluang yang diberikan UMNO kepada mahasiswa membuktikan parti ini tidak pernah meminggirkan peranan mahasiswa dan anak muda. Satu penghormatan yang sangat bernilai tinggi.
Menurut Fareezad lagi, dengan hanya memberi peranan sahaja tidak mencukupi. Paling penting adalah pemikiran anak muda dizaman ini perlu diisi dengan dengan pemikiran neo-nasionalisme. Pada pendapat beliau juga untuk mengajar erti sebuah perjuangan tak perlu pejabat atau dewan besar tapi mungkin di bilik-bilik kecil atau dalam kelompok kecil.
Umno tidak boleh terus berbangga dengan sejarah kemerdekaan tanpa mengisi kemerdekaan. Perlu memikirkan dan memandang kepada ancaman masa hadapan dan peluang semasa. Itu adalah peranan utama yang perlu dimainkan.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat.
Kredit – Sinar Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :