Kuala Lumpur, 23 Ogos ,2024, 11.00 malam – PERBICARAAN kes 1Malaysia Development Berhad (1MBD) di Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Datuk Seri Najib Razak bukanlah penggerak 1MDB dan bukanlah hasil dari idea beliau juga.
Peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin memberitahu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, adalah individu sebenar menjadi penggerak di sebalik pengambilalihan syarikat pelaburan negeri itu oleh Kerajaan Persekutuan.
Dalam hujahnya Wan Azwan berkata, bekas perdana menteri itu tidak bersungguh-sungguh mengenai pengambilalihan berkenaan yang pada asalnya nama syarikat tersebut adalah TIA. Selepas itu TIA telah bertukar nama menjadi lMalaysia Development Bhd (1MDB) pada September 2009.
Kesungguhan Shahrol dalam usahanya untuk menyakinkan Najib dapat dibuktikan menerusi surat-surat yang diutuskan secara berterusan kepada Najib dan Shahrol juga turut menawarkan dirinya untuk menguruskan syarikat pelaburan itu.
Dari penelitian yang dilakukan, dapat digambarkan bahawa kerajaan persekutuan sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan pertelingkahan dalaman antara pengurusan TIA dan pemegang saham khususnya Menteri Besar Terengganu (Incorporated) (MBTI) dan seterusnya Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Gesaan Shahrol Azral berulang kali kepada Najib bagi pengambilalihan TIA oleh Kerajaan Persekutuan ini telah menghapuskan dua salah tanggapan penting.
Yang pertama, bahawa federalisasi TIA adalah sebahagian daripada skim besar Najib untuk kepuasan diri sendiri dan yang kedua, keputusannya tidak pernah berdasarkan alasan yang sah,” katanya.
tuduhan pertama dihadapi Najib tidak menunjukkan kepada anggapan mengikut Seksyen 23 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, kerana kurang bukti yang menunjukkan kepentingan peribadi Najib dalam keputusan federalisasi TIA. Dengan itu, Wan Azwan berkata ini menyebabkan keseluruhan pertuduhan ke atas Najib adalah gagal.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. Wan Azwan berkata demikian ketika mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan terhadap Najib.
Kredit – Metro
#Prezcom
Baca Lebih Banyak Berita :
Tiada Petunjuk Jelas Orang Melayu Mulai Menyokong Umno Semula.