
Kuala Lumpur, 29 Ogos 2024, 1.00 petang – FELO Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong melabel tindakan sembilan institusi pendidikan Cina yang menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular disifatkan sebagai tindakan tiada pengetahuan dan jahil tentang kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara.
Institusi pendidikan Cina tersebut, menunjukkan bahawa diri mereka cauvinis kerana mengeluarkan dakwaan bahawa Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda etnik Cina untuk menolak inisiatif KPM tersebut.
Seharusnya SJKC mengetahui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan telah pun diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Dasar negara ini adalah dasar yang menghormati bahasa yang melambangkan identiti sebuah negara.
“Jadi apabila Bahasa Melayu itu adalah bahasa negara ia wajib dipelajari sebagai bahasa negara dan tak boleh sesekali bahasa negara itu dipelajari sebagai bahasa kedua,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.
Kok Seong menambah, Hujah untuk menolak dan mengatakan bahawa Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda etnik Cina itu ialah hujah bersifat cauvinis. Perkara itu menunjukkan Institusi Pendidikan Cina terbabit mempunyai nasionalisme etnik Cina yang tebal berbanding semangat nasionalisme Malaysia.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
OECD Sarankan Kerajaan Malaysia Laksanakan Semula GST, Cukai Pelepasan Karbon.