Bungkus Kaw Kaw Tiada Sijil Halal?
51 cawangan ” bungkus kaw kaw” tiada sijil halal?

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2024, 11 malam -RAKYAT Malaysia tergempar dengar tersiarnya beberapa hantaran di media sosial yang mempersoalkan status Halal syarikat G&T BRAND SDN BHD atau lebih dikenali dengan Bungkus Kaw Kaw.

Bagi merungkai persoalan ini wartawan PrezCom membuat carian di partal JAKIM di https://myehalal.halal.gov dengan Kata Kunci “Bungkus Kaw Kaw” dan juga “G&T Brand” tetapi malangnya tiada paparan maklumat dikeluarkan. Sementara itu portal JomHalal.org pula memaparkan sebagai “Tiada Sijil Halal Jakim” (rujukan: https://jomhalal.org/bungkus-kaw-kaw-halal-ke/)

Serba sedikit mengenai syarikat “Bungkus Kaw Kaw” ini adalah, bernaung di bawah syarikat G&T Brand Sdn Bhd. Mula ditubuhkan pada tahun 2018. Objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk memberi sajian dengan rasa asli kepada pelanggan yang rindukan rasa turun temurun makanan dan minuman tempatan rakyat Malaysia.

Antara menu yang menjadi tumpuan ialah Teh Tarik Kaw Kaw, Teh Tarik Cincau dan Kopi Cincau. Antara menu makanan yang ditawarkan termasuk Nasi Lemak Original dengan Sambal Nasi Lemak, Nasi Lemak Rendang Ayam dengan Kuah Rendang, serta Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong dengan Sambal Asam Pedas Tomyam

Sudah menjadi lumrah di Malaysia, ramai diantara pencinta makanan begitu gemar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan kegemaran mereka. Bukan sahaja resepi atau cara membuat makanan tersebut, malah ingin mengambil tahu dari mana asal makanan itu dan paling penting adakah ia mempunyai sijil hala atau tidak jika premis tersebut milik bumiputra atau milik bukan bumiputra. Sebenarnya bukanlah satu kesalahan untuk mengetahui samada premis tersebut mempunyai sijil halal atau tidak kerana majoriti orang-orang Islam adalah penggemar utama makanan di Malaysia.

Is Bungkus Kaw Kaw halal?” memang selalu ditanya. Jadi, adakah Bungkus Kaw Kaw tersenarai dalam Halal Malaysia Directory dan mempunyai pensijilan Halal JAKIM?

Merujuk kepada status halal terhadap restoran jenama “bungkus kaw kaw” pihak kami masih lagi dalam proses penyediaan bagi membuat permohonan sijil halal Jakim. Namun bahan mentah yang dibekalkan oleh Dapur Berpusat (Central Kitchen) ke outlet jenama Bungkus Kaw Kaw telah pun dipersijilkan halal.

Sehingga kini, adakah syarikat berkenaan masih tidak mempunyai sijil halal Jakim ? Jika masih tidak memiliki, adakah karenah birokrasi yang menyebabkan sijil tersebut lambat diperolehi?

Disebabkan proses mendapatkan sijil halal Jakim mengambil masa yang lama, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Jakim memendekkan pengeluaran persijilan halal ke 30 hari, dua tahun lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sehubungan dengan itu meminta Jakim melaksanakan inisiatif itu susulan kejayaan badan itu memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 30 hari kepada 23 hari, tahun lalu.

Pada 13 Oktober 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal kepada 30 hari daripada 51 hari sebelum ini. Dengan usaha kerajaan untuk memendekkan permohonan sijil halal Jakim ini, maka tiada lagi alasan untuk semua premis mengatakan bahawa permohonan untuk mendapatkan sijil halal Jakim memakan masa yang lama.

Persoalannya disini, mengapa syarikat ” Bungkus Kaw Kaw yang telah beropersi sejak lima tahun dahulu tidak memohon sijil halal berkenaan secara keseluruhan dari mula ditubuhkan sejak tahun 2018? Tidak salah sekiranya ada diantara orang ramai yang mempertikaikan status halal atau haram terhadap jenama “Bungkus Kaw Kaw” tersebut.Namun apa pun alasannya, terpulang kepada orang ramai samada mahu meneruskan atau tidak untuk menjamu selera dicawangan-cawangan premis tersebut. Tepuk dada, tanya selera,”

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Adakah Kebebasan Untuk Bersuara Mempunyai Sempadan ?