
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2024, 2.00 petang – PERHIMPUNAN Pergerakan Pemuda Umno semalam begitu panas apabila Ketua Pemuda UMNO, Yang Berhormat Dr Akmal Saleh mencadangkan Ketua Pemuda Umno Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota yang akan berlangsung pada 28 September ini.
Sesi penggulungan oleh Ketua Pemuda UMNO itu menjadi bertambah meriah dengan sorakan para perwakilan yang turut bersetuju supaya Syed Hussein Syed Abdullah dipilih sebagai calon parti itu.
Didalam ucapan penggulungan oleh Ketua Pemuda Umno itu, Beliau meminta supaya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rahman Dahlan yang mengikuti sesi penggulangan tersebut membawakan usul pencalonan Syed Hussein itu ke Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung disebelah malamnya.
Nama Syed Hussein telah disebut-sebut sebagai antara lima nama yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi DUN Mahkota selepas Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia pada 2 Ogos lepas.
Akmal mengingatkan Hussein, andaikata Hussein berjaya dicalonkan, beliau bukanĀ membawa namanya sahaja tetapi yang paling penting adalah membawa nama baik Umno dimana saja berada. Maruah Umno perlu dipertahankan. Berjuang untuk mempertahankan kebenaran.
Jika berlaku sebaliknya, nama Hussein tidak dicalonkan, Akmal tetap juga akan memberi sokongan padu dan berkerja kuat untuk memenangkan calon yang dipilih untuk mewakili parti. Menurut Akmal ini bukan soal individu. Ini adalah soal parti keramat kita. Perlu kerja kuat untuk memenangkan parti Umno.
Daripada 66,318 pengundi di DUN tersebut, 52 peratus merupakan pengundi muda yang berusia 39 tahun kebawah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini. Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.
Kredit – Harian Metro \ Malaysia Gazette
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :