MUHYIDDIN SERAH DOKUMEN KEPADA POLIS MENGENAI ISU 3R
Tiada niat untuk menyentuh isu 3R.

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024, 12.00 malam – PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan beberapa dokumen bagi membantu siasatan berhubung perkara yang didakwa iaitu menyentuh isu 3R (Raja, agama dan kaum).

Menurut Tan Sri Muhyuddin, dokumen itu merupakan dua surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, yang mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Titah perintah berkenaan adalah, meminta supaya mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang lain untuk menjadi Perdana Menteri, menghantar Akuan-Akuan Berkanun kepada Istana Negara selewat-lewatnya pada 21 November 2022 sebelum jam 2 petang.

Dokumen kedua adalah, 114 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 tengah hari, sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Turut diserahkan Surat Akuan Penerimaan Akuan Berkanun daripada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim, bertarikh 21 November 2022 yang mengesahkan bahawa beliau telah menerima dokumen-dokumen tersebut serta dokumen lain yang berkaitan.

Selepas menjelaskan semua yang patut diperdengarkan dan penyerahan dokumen, Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, beliau berharap pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus, adil dan saksama mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

Muhyuddin berkata, sebagai seorang biasa, beliau bernaung di bawah kebesaran dan kemuliaan Raja-Raja M, elayu dan taat setia beliau kepada institusi Raja Berperlembagaan jangan dipersoalkan,” katanya dalam kenyataannya semalam.

Pengerusi Perikatan Nasional tersebut yang juga Ahli Parlimen Pagoh, telah memberi kerjasama dan penerangan kepada pihak polis lebih kurang satu jam mengenai perkara yang didakwa menyentuh perkara 3R. Proses dijalankan pejabat bekas Perdana Menteri itu yang terletak di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihak polis mengambil keterangan darinya berhubung ucapan beliau pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri tidak lama dulu. Menurut beliau lagi, kerjasama sepenuhnya telah diberikan beserta fakta fakta mengenai ucapan yang dibuat semasa berkempen.

Menurut Muhyuddin, beliau tidak berniat untuk menghina institusi Raja di negara ini. Ia merupakan ucapan didalam kempen pilihan raya dan kerajaan selepas PRU15 secara sepintas lalu sahaja. Selain dari itu, isi kandungan lain didalam ucapannya adalah bercakap mengenai kesusahan hidup rakyat disebabkan dasar-dasar kerajaan yang menekan kehidupan rakyat.

Beliau menambah lagi, mungkin ada pihak yang telah memutar belit ucapannya serta menyunting video ucapan yang dibuat dengan berniat untuk mefitnah bahawa beliau menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah dan menghasut rakyat supaya membenci Raja.

“Saya hanya menyatakan fakta mengenai 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU15. Tidak ada sepatah perkataan pun dalam ucapan saya yang menghina Raja atau mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong pada masa itu “. Katanya lagi.

Sejak peristiwa itu berlaku, beliau tidak pernah menghasut atau mengajak rakyat menghina atau membenci institusi Raja Berperlembagaan di negara ini dan beliau juga tidak pernah menuntut untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Malah, memberi ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Ke-10 sewaktu beliau dilantik.

Kredit – Berita Harian

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Rakyat Palestin Yang Mendapat Rawatan Di Malaysia Tidak Akan Diberi Kerakyataan.