Guru Dikenakan Tindakan Tatatertib Isu Poster Propaganda Tentera Cina
Poster Propaganda Tersebut Telah Menyinggung Hati Banyak Pihak

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2024, 11 malam – MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, Tindakan tatatertib telah pun dikenakan kepada guru sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang yang menggunakan gambar yang tidak sesuai pada poster pertandingan bersempena Hari Kebangsaan.

Ia merupakan langkah paling tegas dari Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap guru tersebut. Menurut Fadhlina, kesilapan yang dilakukan oleh guru terbabit dianggap amat serius, untuk itu, tindakan tegas diambil melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib.

Pengarah JPN negeri Datuk Abdul Said Hussain dilaporkan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia boleh menyinggung hati banyak pihak dan boleh meninbulkan berbagai spekulasi dan tanggapan buruk dari orang ramai.

Sebelum ini, sebuah sekolah menengah telah membuat poster pertandingan buku skrap yang telah melakarkan gambar propaganda tentera China dan perkara tersebut telah mendapat kritikan yang hebat dari berbagai pihak dan orang ramai.

Namun guru tersebut telah pun membuat permohonan maaf dan poster pertandingan asal juga sudah ditarik balik dan digantikan dengan poster lain. Fadhlina berkata demikian di sidang media selepas majlis penyerahan bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sini. Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian itu.

Walau bagaimanapun, ianya telah menjadi pertanyaan kepada berbagai pihak mengapa pada awalnya guru tersebut melakar poster itu dengan elemen yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia?

Kredit – Metro

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Warga China Dan Ejen Sindiket Haram Tawar Perkhidmatan Imigresen Ditahan.