
Kuala Lumpur, 19 Ogos 2024, 3.00 petang – RAMAI diantara rakyat Malaysia yang meramalkan bahawa Parti Perikatan Nasional (PN) yang diwakili oleh calon PAS akan menang didalam Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri baru-baru ini.
Memandangkan Nenggiri terletak di negeri Kelantan yang dipimpin oleh parti PAS, tentunya 90% dari jangkaan ramai bahawa parti PAS dibawah naungan PN akan mendapat sokongan padu untuk kemenangan.
Apa yang ingin dinyatakan oleh Bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim adalah, kemenangan yang dicapai oleh BN pada PRK DUN Nenggiri itu adalah juga kemenangan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi peneraju bagi BN dan juga peneraju kepada Kerajaan Perpaduan.
Ini juga menjadi jawapan kepada sangkaan dari parti lawan dan penyokong mereka bahawa, sebenarnya selama ini orang Melayu tidak menolak BN walaupun dikatakan telah bersekongkol dengan DAP iaitu musuh utama Umno satu ketika dahulu.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sendiri menyaksikan kekalahan terbesar PN sejak PRU ke-15. Selain menerima kekalahan yang besar, Jumlah keseluruhan undi yang diterima PN juga merosot daripada 6,517 kepada 5,739. Nenggiri, secara rasmi ditandingi oleh Bersatu, tetapi hanya menyertai parti itu dari PAS dua hari sebelum penamaan calon, manakala calon yang dicadangkan oleh Bersatu diketepikan.
Kredit – Malaysiakini
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Tim.Pengarah, Anggota DBKL,Didakwa Terima Rasuah lindung Premis Hiburan Haram.