
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2024, 3.00 petang – SELEPAS kemenangan bergaya Barisan Nadional (BN) di PRK Nenggiri semalam, kini dapat pula khabar gembira dari gabungan Kerajaan Perpaduan iaitu laluan yang diberikan oleh PH kepada BN untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK ) DUN Mahkota tidak lama lagi. perkara itu telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail.
Keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat kepimpinan tertinggi PH yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka telah bersetuju untuk memberi mandat kepada BN bagi menghormati incumbent” seperti mana Barisan Nasional melakukan perkara yang serupa ketika pilihan raya kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September 2023 tempoh hari.
Dalam mesyuarat tersebut, mereka telah mencapai kata sepakat untuk memberi sokong sepenuhnya kepada calon BN bagi mengekalkan rentak kemenangan bagi kerusi DUN Mahkota. Adalah menjadi satu keutamaan untuk mengekalkan kerusi DUN tersebut kerana ia merupakan kebangkitan semangat bagi Kerajaan Perpaduan pada hari ini.
Pada Rabu yang lalu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, memberi peringatan kepada komponen Kerajaan Perpaduan supaya tidak menuntut kerusi yang telah menjadi milik sesuatu parti yang lain. Beliau juga telah membuat pengesahan bahawa Kerusi DUN Mahkota akan diwakili oleh BN didalam PRK pada 28 September depan.
Dalam pada itu, Pemuda Umno Johor mengalu-alukan serta menghargai pendirian PH untuk memberi laluan kepada BN. Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros berkata, kesungguhan PH itu mencerminkan kemufakatan yang akan menyuburkan semangat perpaduan dikalangan parti komponen.
Noor Azleen juga meminta semua pimpinan parti didalam Kerajaan Perpaduan di Johor untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada PRK ini bagi mengulang kembali kejayaan yang diperolehi sewaktu kemenangan calon perpaduan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 2023.
Tujuan bagi kemenangan di DUN Mahkota ini adalah bagi
memberi kehidupan yang lebih baik buat seluruh rakyat, baik usaha di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan. Untuk itu, tumpuan bagi memberi penerangan kepada rakyat adalah amat penting supaya rata-rata rakyat tahu bahawa usaha yang dijalankan adalah untuk kesenangan rakyat juga.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah yang Syed Zain pada 2 Ogos lalu. Kerusi ini dimenangi oleh Allayarhamah Sharifah Azizah pada PRN Johor pada tahun 2022.
#Prezcom
Baca Lebih Banyak Berita :