Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024, 6.00 petang – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, meminta ahli Umno yang tidak berani keluar dari parti itu supaya memberi undi kepada calon dari Perikatan Nasional (PN) pada PRK Nenggiri nanti. Didalam beberapa waktu nanti, kita semua akan mengetahui siapakah wakil penduduk Nenggiri.
Hadi menyifatkan Umno sebagai parti nyanyuk dan yang tinggal dalam parti itu adalah yang menghinggapi ” penyakit tua” , namun tidak juga mengundi Umno.
Hadi menyifatkan, Umno kini berada dizaman nyanyuk. Membuat perlantikan mengikut suka hati. Maka itu ramai dikalangan ahli Umno meninggalkan parti. Hadi merujuk kepada Umno yang didakwa diterajui oleh orang yang berkait dengan tindakan mahkamah.
Hadi mengatakan di Thailand, mahkamah negara itu memecat Perdana Menteri mereka kerana dikatakan melantik ahli kabinet yang mempunyai kes mahkamah dan yang berdepan dengan hukuman.
Hadi mencadangkan supaya Pas, Bersatu dan orang umno yang bersedia menyokong mereka untuk bergabung bagi menyatukan orang Islam. Perkara itu diucapkannya pada ceramah ‘Grand Finale’ di Jerek malam tadi.
PRK Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN diwakili Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan calon PAS Rizwadi Ismail. Siapakah yang akan memenangi dan menerajui Nenggiri akan diketahu beberapa jam lagi .
#Prezcom
Lebih Banyak Berita Menarik :