
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2024, 11.00 malam – PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, bagi mengoptimum sumber dan meningkatkan produktiviti, satu reformasi akan dibuat didalam perkhidmatan awam dengan membolehkan kelayakkan masuk yang hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) atau setaraf dengannya untuk mengisi berbagai kekosongan didalam perkhidmatan awam.
Ini akan memberi maanfaat kepada semua peringkat berbagai kerjaya serta pergerakan dari satu kedudukan jawatan kepada jawatan lain yang secara meluas. Ini akan menambahkan keselesaan kepada petugas dan tidak akan merasa jemu dengan hanya satu jawatan.
Diantara bidang tugas yang boleh diperolehi melalui skim kelayakkan SPM ini adalah skim pemandu lokomotif, pengurus asrama, operator tanpa wayar dan jurusolek. Pada masa yang sama kerajaan akan memperluas kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam syarat lantikan 26 skim perkhidmatan berkelayakan SPM sebagai tambahan kepada 18 skim perkhidmatan sedia ada.
Kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) diperluas dalam syarat lantikan bagi 11 skim perkhidmatan berkelayakan Diploma/STPM sebagai tambahan kepada dua skim perkhidmatan sedia ada,” tambah beliau lagi.
Perkara ini diumumkan oleh Datuk Seri Anwar dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX), Perkhidmatan Awam Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
Kredit – Utusan
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :