Ribuan Juru ukur Tanah Berlesen Bakal Hilang Kerja
Pindaan Akta Perlu Dipertimbangkan Semula

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024, 9.00 malam – SEBANYAK 12 persatuan menghadiri sidang media Permohonan Pertimbangan Semula Terhadap Pindaan Akta  Tanah Berlesen (JTB) bagi menandatangani memorandum bersama memohon pertimbangan semula pindaan akta tersebut.

Perkara ini perlu dipertimbangkan semula kerana impaknya akan menyebabkan ribuan Juru ukur Tanah Berlesen (JTB) di negara ini akan kehilangan pekerjaan apabila Kerajaan menguatkuasakan Pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 25 Mac lalu.

Jurucakapnya, Prof Dr Abdul Rashid Mohamed Shariff berkata, akan berlaku kerugian yang amat besar kepada negara kerana industri ini akan kehilangan beribu pakar yang mahir didalam bidang ini.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata, pindaan akta ini adalah untuk menambah baik dan memperkasa Akta 458, iaitu mengikut peredaran masa dan kemajuan negara.

Menurut Abdul Rashid,daripada 41 pemegang taruh yang terlibat dalam industri ini hanya tiga yang dipanggil oleh LJT dalam seisi libat urus melibatkan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).

Golongan profesional yang menjalankan ukuran geomatik tanpa berdaftar dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda melebihi RM250,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” tambah Abdul Rashid lagi.

Pada 25 Mac lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 selepas Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) tidak dipinda sejak digubal pada 1958.

Mereka yang hadir memohon pertimbangan semula pindaan akta tersebut adalah
National Hydrographic Association (Malaysia) (MyNHA),Persatuan Sains Tanah Malaysia, Institute of Electrical & Engineers (IEEE) Geoscience & Remote Sensing Society (GRSS),Malaysia Society of Agriculture and Food Engineers (MSAE), Institute of Geology Malaysia (IGM) dan Institut Pertanian Malaysia.

Hadir sama, Turut hadir, Institut Rimbawan Malaysia (IRIM),International Institute of Plantation Management (IIPM), Malaysia Society of Engineering & Tecnology (MySET), Malaysian Institute of Planners (MIP),Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) dan Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM).

#Prezcom